Mendidik anak pada masa kini memang cukup mencabar. Namun begitu, ibu bapa tidak akan mudah menyerah dan membiarkan anak mereka begitu sahaja malah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendidik mereka menjadi insan berguna.

Ketika ada anak kecil yang memberontak dan tidak mahu mendengar kata, beberapa kanak-kanak lelaki ini nampaknya menunjukkan tingkah laku yang berbeza. Dia bahkan sangat lembut dan kelihatan begitu menyanyangi ibunya.

Berlaku di Sinchuan, China seorang anak kecil dilihat begitu mengambil berat dan risau akan keadaan ibunya yang sangat keletihan sehingga tertidur di dalam kereta api.

Kanak-kanak lelaki dilihat memegang beg ibunya dan dengan senang hati meletakkan tangan pada besi pemegang supaya ibunya dapat menyandarkan kepalanya dengan lebih selesa. Dia membiarkan ibunya itu terus tidur sebelum tiba di destinasi.

Sebuah lagi kejadian berlaku di dalam kereta api Nanjing di wilayah Jiangsu. Kali ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia antara 3 hingga 4 tahun membiarkan ibunya yang letih berehat di pangkuannya.

Kanak-kanak itu kemudian dengan lembutnya menepuk belakang ibunya seolah-olah menenangkannya untuk tidur selepas menjalani hari yang panjang dan meletihkan.

Dia juga kelihatan bersandar ke telinga ibunya beberapa saat kemudian untuk memastikan ibunya dalam keadaan  baik-baik saja.

Walaupun kanak-kanak itu masih kecil tetapi nampaknya dia sangat peka. Dia akan meninjau-ninjau ke stesen berikutnya sementara membiarkan ibunya tidur di ribanya.

Selepas video tersebut dimuat naik di media sosial, ramai netizen yang telah tersentuh hati dengan sikap penyayang  yang ditunjukkan oleh kanak-kanak lelaki tersebut. Anda pun pasti tersentuh hati melihatnya!

Sumber: MamiNews/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular