Sebut saja biskut Marie, mesti ramai ‘peminat’ bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama teh O panas, tapi biskut legenda itu boleh dijadikan bahan utama dalam pembuatan kek tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Bukan sahaja sedap tapi juga sangat mudah untuk menyediakan!

Antara resipi terkini yang dikongsikan oleh Resepi Kek Sedap boleh digunakan adalah Cheesekut Tiramisu.

Tanpa memerlukan bahan mahal, penyediaan hanya memerlukan menggunakan bahan yang ada di dapur termasuk menggunakan Nescafe tapi rasanya seperti kek yang cukup sedap!

Antara bahan-bahan yang diperlukan:

250 gram cream keju Tatura

1/2 cawan susu pekat

1/4 cawan susu segar

Serbuk koko

Biskut Marie perasa kopi

Susu segar untuk celup biskut.

Cara-cara:

1. Anda hanya perlu satukan keju cream, susu pekat dan susu segar. Kisar sehingga sebati.

2. Kemudian celupkan biskut tersebut dalam bekas susu segar, tidak perlu lama proses mencelup hanya perlukan 2 hingga 3 saat sudah memadai dan terus angkat.

3. Kemudian lapiskan bahan tersebut dengan keju dan setiap lapisan keju berkenaan ditaburkan serbuk koko.

4. Bahan sudah selesai…jadi boleh terus simpan di peti sejuk untuk disejukkan selama sejam atau 2 jam.

5. Sejam kemudian, anda boleh memotong mengikut kehendak hati dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Kek Sedap/Facebook, Facebook Nuhaz Kitchen

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular