Bagi kebanyakan perokok, sebenarnya mereka tidak pernah tahu bahawa dengan berhenti merokok, ianya akan memberi impak yang besar kepada penampilan diri. Salah seorang bekas perokok yang telah berjaya berhenti merokok dan melihat perubahan dirinya ialah seorang netizen dari Taiwan.

Netizen ini telah memuat naik dua gambarnya dan berkongsi dengan netizen lain di internet bagi tujuan menunjukkan kepada dunia bahawa dengan berhenti merokok, ia akan memberi kesan kepada penampilan diri bersama tahap kesihatan yang baik secara keseluruhan.

Noodou

Dua gambar pemuda ini yang menunjukkan transformasi penampilan dirinya ketika menjadi perokok dan selepas berhenti merokok amat mengagumkan netizen sehingga ia mendapat lebih 20,000 perkongsian dalam masa kurang 24 jam selepas post itu dihantar di Facebook.

Selepas berhenti merokok selama dua tahun, netizen ini nampak lebih sihat, ceria, menarik dan semakin kacak.

Noodou

Tulisnya di halaman itu, “Semasa saya masih merokok sepeket rokok dalam sehari, berat badan saya hanya 52 kilogram dengan ketinggian 178 sentimeter. Saya hanya dapat merasa tembakau di dalam mulut. Saya terus menjadi kenyang hanya dengan merokok dan selepas itu tidak lagi kisah untuk menjamah hidangan makanan. Wajah saya sentiasa berminyak dan penuh dengan jerawat.”

Oleh kerana badan netizen ini sangat kurus dan wajahnya sentiasa nampak cengkung, ramai yang berpendapat dia seorang penagih dadah, dan itu antara sebabnya netizen ini menekankan dalam post itu yang dia tidak pernah menyentuh dadah seumur hidupnya. Netizen ini mengakui bahawa usaha dalam misinya untuk berhenti merokok bukan satu jalan yang mudah kerana dia mengambil masa selama 4 tahun untuk bebas dengan sepenuhnya dalam membuang tabiat itu.

Noodou

Kini berat badan netizen ini telah meningkat kepada 70 kilogram sesuai dan ideal dengan ketinggiannya, dan wajahnya menjadi licin serta putih gebu kerana kesemua jerawat telah hilang. Dan pemuda ini telah dapat merasai nikmat menjamah pelbagai makanan yang enak sama seperti orang lain di sekelilingnya.

Akhir kata, netizen ini menulis, “Sememangnya amat sukar untuk berhenti merokok, tetapi apa yang diri anda perlukan ialah ketabahan dan kesungguhan.”

Noodou

Bagi sesiapa yang mahu berhenti merokok bermula dari sekarang, anda mungkin boleh mencontohi pemuda kacak ini sebagai pencetus inspirasi dan memperolehi motivasi.

Sumber : Noodou

Maybe you're interested :

Share

Video Popular