Bagi penggemar makanan laut, tidak lengkap sekiranya hidangan anda jika tidak memesan sotong celup atau goreng tepung, bukan?

Ia sering menjadi pilihan kerana keenakan dan kerangupannya. Namun, jika makan di restoran, kadang kala ada sahaja peniaga yang memberikan harapan palsu – sotong bersaiz besar tetapi hakikatnya, salutan tepung yang besar, bukannya sotong!

Jika anda berasa kecewa, apa kata anda cuba goreng sendiri di rumah. Dengan menggunakan teknik dan cara gorengan yang betul, maka sotong celup tepung anda pasti akan jadi.

Bahan-bahan:

  1. Sotong (4 ekor bersaiz sederhana besar)
  2. Tepung gandum (1 cawan)
  3. Tepung jagung (1/2 cawan kecil)
  4. Tepung beras (3 sudu besar)
  5. Garam secukup rasa
  6. Serbuk lada putih secukupnya
  7. Serbuk lada hitam secukupnya
  8. Serbuk kunyit secukupnya
  9. Telur (Sebiji dan dipukul)
  10. Minyak masak

Cara-caranya:

  1. Bersih dan siang sotong, kemudian hiris kasar. Gaul dengan sedikit garam
  2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
  3. Ambil campuran tepung, lalu campurkan dengan telur yang dipukul.
  4. Panaskan minyak (pastikan minyak betul-betul panas)
  5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur sebentar tadi
  6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur
  7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api sederhana sehingga masak.

Sumber: Resepi Makanan Malaysia

Maybe you're interested :

Share

Video Popular