Seorang ibu kepada bayi berusia 11 bulan bernama Rachel dari New York baru-baru ini telah memuat naik rakaman video bayi lelakinya apabila tiba-tiba mendengar melodi gesekan biola buat pertama kali dan reaksi comel si kecil ini telah menarik perhatian 2.89 juta tontonan dan ia terus menjadi tular di halaman Twitter.

Rakaman video berdurasi 1 minit menunjukkan bayi lelaki yang comel ini berlari ke arah pemain biola sebaik sahaja dia mendengar gesekan biola dengan lagu ‘Can’t Help Falling In Love’ ciptaan Elvis Presley dimainkan.

Si kecil yang comel terpaku buat seketika apabila mendengar bunyi dan melodi gesekan biola itu.

@AudreysMMB/Twitter

Dan kemudian berlari ke arahnya.

@AudreysMMB/Twitter

Si kecil menghayati persembahan alunan melodi indah ini sambil terduduk dan memandang pemain biola dengan rasa kekaguman.

@AudreysMMB/Twitter

“Saya perlu berdiri pula untuk mendengar dengan lebih baik!”

@AudreysMMB/Twitter

Si comel terus memandang dengan rasa teruja dan kagum ke arah pemain biola wanita ini tanpa menganggu. Oleh kerana berasa amat terpesona dengan alunan melodi dan bunyinya, si kecil ini terus berpaut kepada kaki pemain biola sambil mendengar melodi indah itu dengan penuh penghayatan.

Wanita ini meneruskan persembahan dengan alunan melodi indahnya sambil berasa tidak tertahan untuk ketawa melihat gelagat si kecil ini yang amat comel dan mencuit hati.

@AudreysMMB/Twitter

Menurut Rachel yang bekerja sebagai guru muzik, penyanyi dan penulis lagu yang berkahwin dengan konduktor muzik di Broadway, dia sering mendedahkan bayinya dengan muzik setiap hari. Rachel sering bermain ukulele di hadapan bayinya serta membawanya ke kelas muzik. Oleh kerana si kecil sering terdedah dengan pelbagai bunyi instrumen muzik yang lain, maka apabila dia mendengar bunyi indah dari biola buat pertama kali, ia mungkin telah menarik perhatiannya untuk menambah pengetahuan baru.

Reaksi si kecil yang amat comel dan bijak telah membuat semua orang tersenyum lebar sehingga mampu menceriakan hari suram.

Lihat rakaman video yang comel ini di bawah.

Kredit : @AudreysMMB/Twitter

Sumber : @AudreysMMB/Twitter , Daily Mail

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular