Ramai di antara kita yang pernah melalui pengalaman menggunakan gajet dan barangan keperluan yang akan rosak dan tidak lagi boleh digunakan sebaik sahaja tarikh warantinya tamat, dan kebanyakannya terdiri daripada barangan yang mengunakan kepakaran teknologi moden yang kita miliki pada hari ini.

Namun begitu, terdapat juga barangan lama yang secara ajaibnya masih bertahan dan terus berfungsi dengan baik walaupun usianya sudah melebihi usia kita dan usia datuk nenek kita semua.

Di bawah adalah gambar barangan antik yang dimiliki oleh beberapa orang netizen yang masih boleh digunakan dengan baik dan ia dirasakan akan terus berguna buat selama-lamanya.

#1. Beg buku dari Oxford buatan tahun 1880-an yang telah digunakan oleh datuk, ibu, bapa saudara, ibu saudara dan netizen sendiri pada hari ini.

Bambuslover222 / reddit

#2. Mesin pembuat wafel keluaran tahun 1920-an masih utuh sehingga hari ini.

Roninizer / reddit

#3. Mesin pengasah pensil paling tahan di dunia, keluaran tahun 1920.

javainstitute / reddit

#4.Pengisar kopi jenama Peugeot yang masih berfungsi dengan sempurna ini telah berusia 117 tahun.

#5. ‘Auto Creeper’ yang telah berusia 80 tahun masih boleh digunakan seperti biasa ketika menukar minyak hitam kereta.

testfire10 / reddit

#6. Kuali antik yang diperbuat daripada besi tuang yang kukuh ini telah digunakan hampir setiap hari selama 80 tahun.

FilOfTheFuture90 / reddit

#7. Permainan kereta api Lionel keluaran tahun 1952 masih berfungsi dengan baik dan kini berada di tangan generasi ketiga.

goukus1982 / reddit

#8. Stapler Swingline tahun 1962 yang masih boleh mengokot kertas dengan baik.

quitepossiblylying / reddit

#9. Pen dakwat Waterman 52 yang berusia 97 tahun masih boleh digunakan untuk kegunaan harian.

Jiggles42 / reddit

#10. Peti sejuk Frigidaire dibeli pada tahun 1940-an dan ia masih boleh digunakan tanpa banyak masalah.

youOWEme / reddit

#11. KitchenAid Mixer keluaran tahun 1940-an dibeli dengan harga 5 dolar di kedai barangan terpakai. Telah digunakan selama 7 tahun dan mangkuk kaca itu pernah terjatuh sebanyak dua kali, tetapi ia tetap bertahan tanpa apa-apa kecacatan.

imixrumandgin / reddit

#12. Set periuk Le Creuset tahun 1977 yang masih dijaga dengan baik dan sempurna seperti baru dibeli semalam.

cuthman99 / reddit

#13. Kaca mata hitam Persol yang dibeli pada tahun 1989 kini sudah dipakai oleh dua generasi.

oldFermin / reddit

#14. Kipas meja Emerson masih utuh bertahan dan berpusing selama 70 tahun.

Schmooopy / reddit

#15. Lampu suluh tahun 1940-an masih boleh menyala tanpa apa-apa masalah.

oldgrimalkin / reddit

#16. Pengering rambut buatan Jerman yang dikeluarkan pada tahun 1939 masih boleh berfungsi dengan baik.

Kitzu-de / reddit

#17. Dompet moyang yang kini digunakan oleh cicit pula.

GwilymH / reddit

#18. Pencukur antik Gillette tahun 1920 kepunyaan moyang yang masih digunakan setiap hari.

BenjiMalone / reddit

#19. Mesin jahit Singer sememangnya amat terkenal dan yang ini sudah berusia 100 tahun, dan ia masih boleh digunakan dengan sempurna.

 SGT-smash / reddit

#20. Dapur antik Reliable sudah berusia 90 tahun dan ia masih boleh digunakan dengan sempurna sehingga hari ini.

sonic_tower / reddit

#21. Pembakar roti sempurna keluaran tahun 1930.

justaguyyakno / reddit

#22. Jam poket ini sudah berusia 140 tahun yang dikeluarkan pada zaman empayar Ottoman Turki. Ia masih berdetik dengan sempurna setiap hari tanpa memerlukan kerja-kerja pembaikan atau servis.

primorisbeardo / reddit

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular