Kita semua sangat menggemari minuman teh boba. Namun demikian, minuman ini mengandungi gula yang sangat tinggi sekali gus menjadikan ia bukanlah satu pilihan minuman yang menyihatkan!

South China Morning Post

Anda juga tahu pengambilan gula melebihi kadar yang ditetapkan boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan seseorang menjadi obes. Justeru, masyarakat China telah memikirkan satu ‘idea yang sangat menarik’ dan menjadikan ianya sebagai trend terkini di China.

Phoenix

Idea menarik tersebut adalah perkhidmatan mengupah seseorang untuk meminum teh susu bagi pihak anda. Apple Daily melaporkan bahawa perkhidmatan berkenaan kini menjadi satu trend yang menular di laman sesawang membeli-belah terkenal China iaitu Taobao.

Commonwealth

Menerusi perkhidmatan ini, individu yang anda upah akan menghantar sebuah video dirinya sedang menikmati teh boba dan menerangkan ciri-ciri teh itu secara terperinci. Antaranya seperti warna teh, bahan-bahan yang digunakan, kadar gula dan juga rasa teh boba berkenaan…

Dalam salah satu ‘tawaran’ mengenai perkhidmatan tersebut, dikhabarkan seseorang telah menawarkan dirinya untuk menjadi wakil bagi meminum teh boba yang dibeli oleh pelanggan.

tasty

“Jangan risau tentang kenaikan berat badan, kadar gula yang tinggi atau tekanan darah tinggi… Saya akan menanggung risiko kesihatan demi anda. Saya boleh menghantar video dan menjamin ianya akan kelihatan seperti anda yang sedang menikmatinya sendiri.”

Menurut salah seorang netizen, dia mula menyertai dunia ‘perniagaan’ ini disebabkan oleh dia sangat meminati minuman tersebut.

“Saya mengenakan caj sebanyak RM1.20 untuk minuman yang tinggi paras gula dan akan menambah RM1.80 jika minuman berkenaan melebihi 550ml.”

Malah, ada juga ‘peminum’ yang mengenakan caj tambahan sebanyak RM0.30 bagi setiap minit yang dihabiskannya untuk berbaris sementara membeli minuman.

Video di bawah menunjukkan bagaimana perkhidmatan ini berjalan:

ttwang|YouTube

Sumber: SAYSSinchew

Maybe you're interested :

Share

Video Popular