Kita sedia maklum sebenarnya kucing terdiri daripada banyak spesies. Ada spesies kucing yang jinak dan manja dan ada juga kucing yang liar dan berbahaya. Oleh kerana fizikal mereka yang comel dan sifat mereka yang manja dan melucukan, ramai orang yang tidak mahu ketinggalan untuk memelihara kucing.

Selain harimau dan harimau bintang ada lagi spesies kucing yang liar yang mungkin kurang dikenali ramai seperti kucing pallas. Pernahkah anda mendengar mengenai spesies ini?

TWITTER

Kucing pallas (Otocolobus Manul) adalah sejenis kucing yang dahulunya banyak terdapat di kawasan Asia Tengah. Kini, kucing ini diancam kepupusan dek kerana populasinya yang semakin sedikit. Jika dilihat sekali imbas kucing ini tidak banyak beza dengan kucing biasa namun jika diperhatikan secara terperinci, terdapat beberapa perbezaan antara kucing jinak yang lain dengan kucing pallas.

Baru-baru ini heboh di Twitter dengan ‘kemunculan’ kucing pallas sehingga menarik perhatian ramai netizen. Ada banyak sebab mengapa spesies ini tular dan antara sebabnya ialah keunikan fizikalnya dan ‘status’ nya sebagai kucing liar yang jarang-jarang dilihat.

Kucing yang diberi nama Polly ini terus menjadi ‘viral’ di internet memandangkan badannya yang berlemak dan kakinya yang lebih pendek daripada kucing lain. Netizen di Twitter bukan sahaja berkongsi foto tersebut malah semakin hangat membincangkan mengenai spesies itu.

TWITTER

Kucing unik ini juga dikenali sebagai “Mongolia Lynx”. Untuk membezakannya dengan kucing biasa, kucing ini mempunyai telinga yang besar dan lebih panjang. 

TWITTER

Kucing ini juga memiliki anak mata yang lebih bundar.

TWITTER

Kucing spesies ini juga dikatakan sangat kuat dan tidak seperti kucing lain yang jinak. Namun, mereka tidak boleh mengecilkan badan seperti kucing lain. 

TWITTER

Kerana haiwan ini adalah spesies terancam, mereka telah dipelihara oleh pemerintah Jepun, sehingga kebanyakan orang tidak diizinkan untuk memelihara kucing pallas ini.

TWITTER

Kucing ini agak ‘dingin’ dengan orang yang tidak dikenalinya. Polly pun begitu juga.

TWITTER

Namun, setiap kali melihat penjaga haiwannya, Fukumoto Noriko, Polly akan segera berdiri seolah-olah mahu mengikut Noriko!

TWITTER

Menurut Fukumoto Noriko, Polly sebenarnya sampai di Nasu Animal Kingdom tersebut pada tahun 2016. Pada awalnya, kucing ini sering berasa tidak selamat dan menyembunyikan diri kerana masih tidak biasa dengan suasana baharu. 

TWITTER

Apabila melihat kehadiran Fukumoto Noriko, Polly segera berlari ke tingkap kaca. 

TWITTER

TWITTER

Spesis ini diklasifikasikan sebagai hampir terancam oleh IUCN sejak tahun 2002.

TWITTER

Apabila terasa diburu kucing pallas akan bersembunyi di sebalik batu yang tinggi sambil memerhatikan pemangsanya. 

TWITTER

Pasti ramai yang setuju jika dikatakan inilah kucing yang paling kacak dan bergaya!

Sumber: TWITTER , WIRED

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular