Aktiviti membeli belah memang sesuatu yang sangat menggembirakan buat sesiapapun. Tambahan lagi, jika terdapatnya jualan murah yang ditawarkan. Pelanggan akan berpusu-pusu datang ke kedai untuk membeli barangan kegemaran masing-masing.

Walau bagaimanapun, aktiviti membeli-belah juga boleh membuatkan ramai orang ‘menunjukkan’ perangai buruk masing-masing. Salah satu contoh situasi yang berlaku pada baru-baru ini.

Auffie Anne Beatrice/Facebook

Sebuah kiriman menjadi tular setelah seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan kedai kasut yang berterabur setelah jualan murah diadakan di kedai berkenaan.

Kiriman tersebut turut menyatakan bahawa penduduk Filipina bersikap “tidak bertanggungjawab dan pelanggan yang tidak sensitif.”

Auffie Anne Beatrice/Facebook

Walaupun nama kedai tersebut tidak dinyatakan secara khusus, namun umum menganggap bahawa kedai tersebut terletak di negara berkenaan berdasarkan kapsyen yang ditulis.

Auffie Anne Beatrice/Facebook

“Maaf. Penduduk Filipina adalah pelanggan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Bayangkan semua kerja dan kerja lebih masa yang telah anda beri kepada pekerja apabila sebenarnya semuanya telah disusun dengan teratur dan diletakkan untuk kemudahan anda sendiri.

Pelanggan lain terpaksa mencari pasangan kasut mereka yang lain serta kotaknya. Sementara pelanggan yang lain menunggu dan berbaris hanya untuk pulang dengan tangan kosong kerana “membeli-belah” hampir mustahil untuk dilakukan kerana terdapatnya kasut di seluruh lantai dan kotak-kotak yang telah dikoyakkan. Penduduk Filipina boleh memberikan tekanan darah tinggi.”

Auffie Anne Beatrice/Facebook

Auffie Anne Beatrice/Facebook

Pengirim turut menambah, “Pun begitu, anda masih tidak membeli apa-apa langsung.” Dengan itu, pengirim bermaksud bahawa walaupun setelah melakukan kerosakan yang teruk dan telah mengangkat semua barang di kedai kasut itu, namun pelanggan yang terlibat tetap tidak membeli apa-apa kasut dan terus pulang.

Malangnya, tindakan sebegini telah menyusahkan pelanggan yang benar-benar berminat mahu membeli kasut di kedai terbabit.

Sumber: Elite ReadersAuffie Anne Beatrice/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular