BALING: Selepas diberikan epal lenyek oleh pengasuh di sebuah taska di Kupang, seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 8 April yang lalu.

Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan berada di ruang dapur taska berkenaan semasa kejadian itu berlaku pada pukul 9.15 pagi, dia diberikan buah epal yang telah dilenyek oleh pengasuh.

Malah bayi berkenaan menangis dengan kuat sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Bayi itu kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kupang dan ketika itu mangsa masih bernyawa sebelum dirujuk ke Hospital Baling.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, “Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada kesan luka atau lebam akibat perbuatan jenayah.”

Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk dibedah siasat.

Sumber: Harian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular