Setiap manusia mengimpikan untuk memiliki bentuk badan yang ideal dan sempurna. Bagi golongan lelaki, mereka mahu sentiasa kelihatan gagah dan disebabkan itu mereka gemar meluangkan masa di gimnasium. Wanita pula ingin memiliki pinggang yang ramping serta bentuk wajah meruncing.

Diet adalah salah satu jalan penyelesaian bagi mereka yang berbadan gempal untuk menurunkan berat badan. Namun, ramai yang tersilap langkah dan berpendapat makan sedikit itu mampu membuatkan seseorang tampil kurus.

Hakikatnya, setiap manusia perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan mengambil kalori serta nutrien pada kadar yang ditetapkan bagi memberikan tenaga kepada badan selain kekal sihat dan cergas.

Makan secara sihat bukan sekadar tidak mengambil makanan segera atau mengurangkan gula tetapi ia merujuk kepada makan makanan yang betul bagi meningkatkan tahap metabolisme sekali gus mampu mempercepatkan proses penurunan berat badan!

Ketahui 10 jenis makanan yang bukan sahaja sihat tetapi juga membantu anda kurus dengan segera!

#1 Telur

© depositphotos.com   © depositphotos.com

Makan telur pada waktu sarapan memberikan pelbagai manfaat kepada kita. Hal ini kerana telur kaya dengan protein dan perkara ini dibuktikan dalam satu kajian yang mendakwa sarapan kaya protein mampu meningkatkan tahap kekenyangan seseorang. Dalam kajian lain pada tahun 2014 menyatakan bahawa pengambilan protein dapat meningkatkan tahap metabolisme badan di antara 13% hingga 30%!

#2 Avokado

pixabay

Buah avokado merupakan salah satu makanan yang bagus kerana ia kaya dengan serat dan lemak monounsaturated yang akan membuatkan anda berasa kenyang lantas mengurangkan nafsu makan.

Kajian oleh Penn State mendapati individu yang mengamalkan memakan avokado setiap hari selama empat minggu mampu mengurangkan lemak perut sebanyak 1.6%.

#3 Kayu manis

© pixabay   © pixabay

Menurut kajian, kayu manis berfungsi dalam mengaktifkan thermogenesis (proses meningkatkan pengeluaran haba dalam badan) dan membantu membakar kalori di samping mengurangkan pengumpulan lemak perut. Lebih menakjubkan lagi, kayu manis sememangnya mempunyai rasa yang manis sekali gus tidak memerlukan kita untuk menambah gula dalam hidangan.

#4 Kacang walnut

pixabay

Kajian Harvard membuktikan memakan kacang ini dapat mengurangkan rasa lapar dan membuatkan anda berasa lebih kenyang. Kacang walnut mempunyai kelebihan di mana ianya akan mengaktifkan sesuatu kawasan di dalam otak yang berkaitan dengan kelaparan dan kawalan nafsu makan. Di samping itu juga, kandungan omega-3 di dalam walnut membuatkan badan membakar lemak dengan lebih cepat.

#5 Bijirin penuh

depositphotos.com

Kajian yang dijalankan pada tahun 2008 mendapati makan makanan bijirin penuh penting dalam meningkatkan serta mempercepatkan pengurangan berat badan. Untuk pengetahuan anda, makanan jenis ini bukan sahaja kaya dengan serat tetapi juga magnesium dan vitamin B6. Ia dapat membuatkan kita cepat kenyang dan tidak makan secara berlebihan.

#6 Limau gedang

Hale Groves

Salah satu kunci untuk membakar lemak adalah dengan memakan buah ini. Kajian menunjukkan individu yang makan buah sitrus selama enam minggu berjaya mengurangkan saiz pinggang mereka sebanyak satu inci!

Dalam kajian lain, dengan hanya mencium bau buah limau gedang akan mengaktifkan sel lemak perang dan mengurangkan selera makan seseorang.

#7 Buah pir

The Spruce Eats

Pir baik kerana kaya dengan serat di mana zat ini membuatkan anda cepat kenyang untuk satu jangka masa yang lama. Buah pir kaya dengan fruktosa dan glukosa yang menggalakkan tenaga semula jadi. Pada masa yang sama, pir berfungsi memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam aliran darah.

#8 Bayam

Well-Being Secrets

Bukan semua orang sanggup atau suka memakan sayur bayam meskipun mereka tahu sayur ini baik untuk kesihatan tubuh mereka. Selain rendah kalori dan kaya dengan nutrien, sayur bayam juga mengandungi folate, riboflavin (vitamin B2), vitamin B6, magnesium, zat besi dan juga kalsium.

#9 Ubi keledek

Food Network

Ubi keledek bagus dimakan ketika anda cuba untuk memuaskan nafsu makan di samping menurunkan berat badan kerana ia kaya serat istimewa yang disebut sebagai kanji. Dalam satu kajian terbitan Biomedical and Enviromental Sciences, kanji berupaya mengurangkan risiko obesiti.

#10 Ikan salmon

pixabay

Ikan salmon mengandungi lebih banyak lemak omega-3 berbanding makanan lain dan ianya adalah lemak yang sihat! Kajian menunjukkan omega-3 membantu membakar lemak. Selain itu, ikan salmon dan juga ikan lain seperti tuna kaya dengan protein tanpa lemak yang membantu membina otot. Lebih banyak otot, lebih banyak lemak yang mampu dibakar.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular