Kekejangan otot merupakan satu keadaan di mana berlakunya kontraksi otot yang kuat secara tiba-tiba dan tidak terkawal.

Kekejangan otot akan mengakibatkan individu berkenaan mengalami rasa sakit yang tidak tertanggung sekali gus menjejaskan pergerakan anggota badan.

Kebiasaannya, keadaan ini akan dialami oleh ibu-ibu mengandung dan juga para atlet. Ia berlaku disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan juga bahan toksik secara berlebihan. Pada masa yang sama, kandungan oksigen dan nutrien di dalam otot yang berkurangan turut menjadi punca kepada berlakunya kekejangan.

steemit

Terdapat tiga jenis kekejangan otot iaitu kekejangan otot selepas bersenam, kekejangan otot akibat keletihan dan kekejangan otot akibat cuaca panas. Keadaan ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Namun, jangan risau kerana ia tidak akan mendatangkan ancaman buruk kepada kesihatan tubuh anda.

Pada tahun 2012, American Family Physician telah mengkaji punca-punca yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot pada waktu malam dan mendapati terdapat 6 punca yang memungkinkan keadaan itu:

#1 Senaman secara berlebihan

RedBudHospital

Senaman berlebihan yang berintensiti tinggi boleh mendatangkan keletihan pada otot dan mencederakannya. Malah, teknik regangan otot yang salah dan dilakukan sambil lewa sebelum memulakan senaman juga boleh menjadi punca.

#2 Dehidrasi

allure

Pendedahan kepada panas terik matahari dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan badan kita mengalami dehidrasi akibat perpeluhan dan kekurangan air. Apabila tubuh kekurangan air, kekejangan menjadi lebih mudah berlaku. Di samping itu, pengambilan minuman berkafein juga akan menyebabkan tubuh menjadi dehidrasi kerana ia akan merangsang anda untuk membuang air secara kerap.

#3 Kurang nutrien

MomJunction

Pengambilan zat dan nutrien seperti kalsium, magnesium dan sodium potassium yang kurang boleh mengakibatkan ketidakseimbangan elektrolit. Berat badan berlebihan juga menjadi punca kekejangan kerana otot terpaksa menampung berat tersebut sekali gus menyebabkan daya tahan otot menjadi kurang.

#4 Hamil

HealthyMatters

Wanita mengandung mempunyai potensi yang tinggi untuk mengalami kekejangan otot memandangkan jumlah cecair dalam badan meningkat dan kadar elektrolit tidak seimbang. Hal ini menyebabkan kitaran aliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. Selain itu, perubahan hormon yang dialami oleh wanita hamil juga menyebabkan berlakunya keadaan ini.

#5 Menghidap penyakit buah pinggang

MedicalNewsToday

Proses metabolisme dalam kalangan pesakit dialisis adalah tidak normal dan agak perlahan. Hal ini menyebabkan pesakit perlu sentiasa mendapatkan rawatan sekali mengubah kadar elektrolit dalam badan mereka secara drastik. Selain penyakit buah pinggang terdapat juga penyakit-penyakit lain yang menjadi punca kepada berlakunya kekejangan otot. Antaranya adalah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah) dan diabetes.

#6 Umur

cellcode

Kontraksi yang berlaku secara tiba-tiba boleh menyebabkan otot menjadi sakit dan kejang. Kebiasaannya, keadaan ini berlaku pada bahagian tapak kaki dan betis. Individu berumur cenderung untuk mengalaminya kerana otot badan mula mengecil dan mengendur serta badan mudah menjadi letih setiap kali melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.

Terdapat beberapa komplikasi lain yang akan terjadi apabila seseorang mengalami kekejangan otot seperti pengsan, masalah kesukaran bernafas dan tidak sedarkan diri. Meskipun ianya tidak mendatangkan keadaan yang serius, anda tetap dinasihatkan untuk menemui doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Sumber: MyHEALTH

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular