Sudha Satyan yang ketika itu sedang duduk di kerusinya dalam kapal terbang Air India teringat kembali kenangan 30 tahun yang lalu sebaik sahaja nama kapten bagi penerbangan dari India ke Chicago itu diumumkan.

Ketika menjadi guru prasekolah dahulu, Puan Satyan pernah mengajar murid berusia 3 tahun yang memperkenalkan dirinya sebagai “Kapten” Rohan Bhasin. Siapa sangka, kini Rohan benar-benar menjadi kapten yang akan membawanya terbang di langit biru.

Selepas pengumuman tersebut berakhir, Puan Satyan meminta pramugari untuk berjumpa dengan juruterbang. Apabila Rohan datang bertemu dengan Puan Satyan, bekas cikgu prasekolah itu memeluk “kapten” yang sudah dewasa dengan tangisan yang mengalir diwajahnya.

Ibu Rohan, Nivedita Bhasin telah berkongsi kisah unik anaknya itu di Twitter. Dia telah memuat naik dua keping gambar Rohan bersama Puan Satyan. Sekeping gambar dari tahun 1990-1991 dan sekeping gambar lagi ialah pada 24 Mac lalu.

Puan Satyan mengendalikan prasekolah di Mumbai manakala suaminya pula merupakan jurutera Air India. Takdir mengeratkan hubungan antara keluarga Bhasin dan Puan Satyan ketika mereka menetap di Mumbai.

Untuk pengetahuan anda, Rohan dilahirkan dalam keluarga besar juruterbang. Datuk Rohan iaitu Kapten Jai Dev Bhasin merupakan antara 7 juruterbang pertama di India yang menjadi komander pada tahun 1954.

Ayah Rohan, Kapten Rohit Bhasin dan ibu Rohan juga merupakan juruterbang yang sebelum ini bekerja dengan Indian Airlines dan kini mereka menerbangkan Boeing 787 Dreamliner di bawah syarikat Air India.

Hindustan Times

Rohan memulakan latihan penerbangannya selepas Kelas 12 dan mula menjadi pembantu juruterbang pada tahun 2007. Menariknya, adik perempuan Rohan, Niharika turut mengikut jejak langkah keluarga itu sebagai juruterbang dan telah berkahwin dengan rakan sekerja yang juga juruterbang.

Hindustan Times

Sumber: THE TIMES OF INDIA , SBS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular