Kisah seorang nenek yang menjual buah-buahan segar di tepi jalan utama, bandar Marang mula menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Menerusi posting viral di laman Twitter dikongsikan seorang pengguna di Twitter ternyata keadaan yang dilalui itu meruntun hati netizen.

Malah, foto yang dimuat naik menjadi tular di laman sosial dan menerima hampir 10,000 ulang kicau.

“Korang kalau lalu Marang pergilalah cari gerai nenek ini.

“Kesian sangat dia tadi nampak nenek tertido dekat meja dia tunggu customer,”tulis pemilik akaun berkenaan yang dipetik mStar.

Dalam muat naik berkenaan pemilik Twitter memuat naik empat keping gambar wanita warga emas yang dikelilingi dengan jualan buah-buah segar di jalan utama.

Antara buaha-buahan segar yang dijual termasuk buah naga, tembikai susu dan tembikai.

Lebih menyedihkan, warga emas tersebut mengakui turut tertidur kepenatan ketika menunggu pembeli singgah di gerainya.

Malah wanita dalam lingkungan 70 tahun itu mengakui buah-buahan serta beg plastik turut dicuri.

Menerusi paparan skrin yang dimuat naik, wanita warga emas itu berniaga di tepi jalan dan berhampiran Bengkel Pemulihan Kebajikan, Marang, Terengganu.

Rata-rata netizen yang menyaksikan paparan tersebut meluahkan rasa kesian dan sayu kepada warga emas tersebut malah mendoakan supaya gerai usang itu dikunjungi ramai pembeli.

Sumber: Mstar, @peposhh/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular