Setiap manusia dilahirkan dengan memiliki bakat tertentu. Ada yang berkebolehan dalam berlakon, mempunyai suara bak buluh perindu, mahir dalam pengiraan, pandai menari, pandai memasak dan bermacam-macam lagi!

Namun, potensi bakat seseorang itu perlulah diasah dengan gigih bagi mendapatkan hasil yang mengagumkan! Bagi Iris Khairi, bakatnya dalam bidang solekan ternyata berjaya membuatkan gadis cilik berusia 11 tahun ini dikenali ramai!

Facebook Iris Khairi

Facebook Iris Khairi

Meskipun masih kecil, pelajar Sekolah Kebangsaan Tasek Permai itu sangat pandai menyolek dan hasil solekannya memang sangat sempurna seperti hasil solekan yang dibuat oleh jurusolek profesional dengan bertahun-tahun pengalaman!

Facebook Iris Khairi

Adik Iris mula menjadi perhatian ramai setelah memuat naik beberapa gambar dirinya sebelum dan selepas disolek menerusi akaun Facebook. Ternyata Adik Iris berjaya mempamerkan teknik-teknik solekan yang biasanya dilakukan oleh jurusolek handalan atau wanita dewasa yang bekerjaya.

Facebook Iris Khairi

Tidak ramai kanak-kanak mampu melakukan hasil solekan sendiri yang sangat mengagumkan sepertimana yang Iris lakukan. Memang sangat cantik dan sempurna!

Facebook Iris Khairi

Facebook Iris Khairi

Facebook Iris Khairi

Menurut Iris, dia mempelajari teknik-teknik solekan tersebut menerusi video tutorial di YouTube. Dengan bakat dan kehebatannya, ibu Iris telah membuka satu akaun Facebook rasmi iaitu Make up by Adek Iris bagi memaparkan video solekan yang dilakukan sendiri oleh gadis cilik ini.

Make up By Adek Iris|Facebook

Make up By Adek Iris|Facebook

Penularan gambar ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Adik Iris berjaya dalam bidang kemahirannya itu!

“Tahniah adik.. Semoga terus maju jaya dalam bidang yang adik minat ini. Jangan lupa pelajaran. Perlu seiringan ya.”

“Tahniah adik sayang! Bakat awak memang luar biasa. Teruskan menyerlah!”

Sungguh hebat!

Sumber: SAYSMake up By Adek Iris|FacebookFacebook Iris Khairi

Maybe you're interested :

Share

Video Popular