Penggunaan bahan yang baik dan sihat dalam pemakanan anak-anak adalah salah satu perkara penting yang sering dipandang enteng oleh kebanyakan masyarakat.

Tanpa kita sedari, pemakanan yang diambil oleh anak-anak, walaupun dalam kuantiti yang kecil, sebenarnya boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab itu, mereka memerlukan makanan yang sihat, kurang atau sebaiknya tanpa bahan pengawet.

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, umum tahu bahawa mereka harus dikawal pengambilan makanan yang mempunyai garam atau MSG. Sebaiknya, makanan mereka tidak langsung ditambah dengan dua bahan ini. Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang bimbang jika makanan yang dimasak akan kurang rasa, ibu-ibu boleh mencuba herba-herba dan perasa makanan asli yang boleh menggantikan dua bahan yang dinyatakan tadi.

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi 15 perasa makanan asli yang boleh yang digunakan dalam masakan yang bagus untuk sistem pencernaan anak-anak dan boleh membantu melancarkan pertumbuhan anak-anak.

1. Oregano

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Herba ini sedap jika diletakkan dalam masakan seperti aglio olio.  Selain itu, untuk menambah rasa di dalam masakan lain, herba ini juga boleh digunakan tetapi gunakannya dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan makanan berasa pahit.

2. Paprika

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Herba ini boleh digunakan dalam masakan seperti ayam bakar, kentang bakar, ayam goreng dan sebagainya untuk kesan rupa makanan yang lebih menyelerakan. Herba ini tidak mempunyai rasa yang pedas, malah rasanya juga sedap.

Diingatkan bahawa herba ini sebaiknya digunakan hanya selepas anak diperkenalkan dan boleh memakan capsicum.

3. Herba Campuran (mixed herbs)

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Herba ini boleh digunakan dalam masakan seperti kuah Bolognese untuk mendapatkan rasa mirip sos yang dibeli di dalam tin di pasaran.

Selain itu, herba ini juga boleh digunakan dalam masakan seperti sup, pasta, kentang bakar, gulai lemak dan sebagainya. Herba ini juga boleh melancarkan proses pencernaan anak-anak.

4. Serbuk bawang putih

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Serbuk ini mempunyai rasa yang sedap dan sedikit rasa masin walaupun bahan pembuatannya tidak mempunyai garam. Oleh itu, serbuk bawang putih ini bolehlah digunakan untuk menambah perasa dalam masakan.

Anda juga boleh menggunakan serbuk bawang putih ini dalam masakan ayam goreng bagi menggantikan garam.

5. Daun parsley

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Daun parsley ini lazimnya ditabur diatas masakan pasta yang sudah siap dimasak untuk menambah perisa. Tetapi, anda juga boleh taburkannya di atas telur goreng, kentang putar atau kuah-kuah pasta yang lain.

6. Serbuk lada putih

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Serbuk lada putih ini boleh digunakan sebagai bahan penambah perasa. Anda boleh menggunakannya dalam perapan masakan atau apa-apa jenis masakan lain seperti sup, sayur goreng dan lain-lain lagi.

7. Biji lada hitam

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Biji lada hitam dipercayai mampu menggalakkan daya tahan tubuh badan manusia. Anda hanya perlu mengisar kering biji lada hitam ini dan campurkannya di dalam masakan dalam kuantiti yang sedikit supaya masakan tidak terlalu pedas.

8. Serbuk kulit kayu manis

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Serbuk kulit kayu manis terkenal kerana rasanya yang manis tetapi tidak terlalu manis seperti gula. Anda boleh menggunakan serbuk ini untuk menghasilkan pai epal, lempeng, kek cawan, tabur di atas roti bakar atau roti pastri.

9. Minyak bijan

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Minyak bijan lazimnya digunakan dalam masakan seperti sayur goreng, bubur nasi ataupun sebagai bahan perapan masakan. Minyak bijan boleh menghasilkan warna yang lebih menyelerakan dalam masakan dan juga memberi bau yang lebih menarik untuk masakan.

10. Garam merah jambu (pink salt)

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Gantikan garam biasa kepada garam jenis ini kerana garam ini adalah pilihan yang lebih sihat dan mengandungi mineral yang lebih baik. Terdapat pelbagai jenis garam merah jambu di pasaran untuk anda pilih.

11. Madu asli

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Anda boleh menggantikan penggunaan gula dalam masakan dengan menggunakan madu asli.

12. Serbuk pala

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Serbuk ini mempunyai fungsi yang sama dengan serbuk kulit kayu manis. Cuba gunakan serbuk ini untuk menambah rasa di dalam masakan anda.

13. Herba Itali

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Herba ini lazimnya digunakan dalam masakan dari Itali seperti pasta atau pizza. Herba ini akan menghasilkan masakan yang lebih wangi dan mempunyai rasa yang sedap.

14. Serbuk jintan

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Serbuk jintan boleh menambah perasa dalam masakan harian anda. Jika tidak mahu membeli serbuk sebegini, anda boleh juga mengisar biji jintan yang biasa bersekali dengan bawang untuk menambah perasa dalam masakan.

15. Pati buah kurma

Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Pati buah kurma boleh digunakan sebagai pemanis makanan terutamanya buat kanak-kanak yang sedang membesar. Pati ini hanya perlu digunakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana kepekatannya.

Sumber: Syida Dea Lurve’ A/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular