Adidas telah mengesahkan bahawa syarikat tersebut telah menghabiskan selama 4 tahun untuk mereka bentuk dan mencipta pelbagai kasut sukan yang dibuat sepenuhnya daripada sisa plastik yang telah dikitar semula daripada laut.

Mereka bekerja dengan aktivitis pemeliharaan alam sekitar, Parley for the Oceans bagi mewujudkan sesuatu yang unik. Plastik diambil daripada pantai dan dibuat kasut untuk menghalang plastik sampai ke laut, sekali gus menghentikan pencemaran.

Adidas|Parley

Adidas telah meningkatkan pengeluaran kasut popular pada tahun 2019. “Dengan produk Adidas yang diperbuat daripada plastik kitar semula, kami menawarkan nilai tambah pengguna kepada pelanggan kami, iaitu rupa, kefungsian dan kualiti produk kerana setiap kasut adalah sumbangan kecil kepada pemeliharaan lautan kita,” kata Eric Liedtke, Ahli Lembaga Eksekutif Adidas.

“Selepas 1 juta pasang kasut yang dihasilkan pada tahun 2017, 5 juta pada tahun 2018, kami merancang untuk menghasilkan 10 juta pasang kasut yang mengandungi plastik laut yang dikitar semula pada tahun 2019.”

Adidas|Parley

Walau bagaimanapun, syarikat tersebut juga menekankan kepada kaedah pengeluarannya. Dalam proses penghasilannya, mereka hanya mahu menggunakan bahan yang mampan. Mereka juga telah mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan melaksanakan kaedah pencegahan sisa buangan secara keseluruhan.

Mereka juga telah menyumbangkan kira-kira $1.7 juta (RM6.9 juta) kepada platform ‘Fashion for Good’. Ini adalah untuk mengimbangi kesan alam sekitar plastik yang mereka gunakan.

Adidas|Parley

Kasut yang dikeluarkan berkenaan adalah sangat bergaya dan selesa. Adidas turut berkolaborasi dengan Stella McCartney untuk sesetengah reka bentuk, selain menekankan aspek keselesaan. Sementara siri Adidas x Parley semakin berkembang, wujud tekanan untuk syarikat pengeluar lain dalam melihat impak penghasilan mereka terhadap alam sekitar.

Adidas turut mencipta pelbagai baju termasuklah jersi LA Galaxy yang turut diperbuat daripada plastik yang dikitar semula.

Adidas|Parley

Seperti yang kita tahu, plastik sangat merbahaya kepada hidupan marin. Saintis juga mendapati sebuah beg plastik pada kedalaman 36,000 kaki di dalam Jurang Mariana – bahagian laut yang paling dalam.

Laut juga memainkan peranan penting dalam penghasilan oksigen di dunia. Jadi, inisiatif yang dilakukan Adidas ini sungguh bermakna dalam cubaan untuk menyelamatkan planet.

Sumber: Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular