Plastik merupakan salah satu bahan utama yang digunakan dalam pelbagai jenis produk seperti untuk pembungkusan makanan. Namun, penggunaan plastik secara berlebihan telah mendatangkan bahaya kepada bumi kita serta penghuninya.

Fred Dufour/AFP/Getty Images

Lambakan sampah sarap seperti botol, penyedut minuman dan sebagainya di bumi sama ada di kawasan darat mahupun lautan telah mengakibatkan kemusnahan alam flora dan fauna. Malah, ia juga menyumbang kepada pencemaran dan perubahan cuaca serta pelbagai kesan lain.

Displayr

Justeru, bagi menangani masalah ini daripada terus berlaku, ramai pihak mula mengambil inisiatif untuk memulihara alam sekitar dan memperkenalkan alternatif lain yang lebih mesra alam selain daripada penggunaan plastik.

Thailand baru-baru ini telah mengambil langkah pemuliharaan yang unik dengan memperkenalkan penggunaan sayur kangkung sebagai penyedut minuman!

@broccolirevolution/Instagram

Sayur ini sememangnya enak dimakan jika digoreng bersama belacan. Siapa sahaja yang tidak sukakan masakan Kangkung Goreng Belacan. Namun, pasti anda tidak pernah menyangka bahawa kangkung juga boleh dijadikan sebagai penyedut minuman yang mesra alam…

NenekMummy Keuken

Broccoli Revolution adalah merupakan sebuah restoran vegan (hanya makan makanan yang ditanam seperti buah, sayur dan kekacang) di Bangkok yang mula memperkenalkan penggunaan kangkung sebagai penyedut minuman di restorannya.

broccolirevolution/Instagram

Dengan menjadikan batangnya yang keras sebagai penyedut, restoran ini berjaya membuktikan bahawa penggunaan sayur ini juga berkesan seperti mana penggunaan penyedut minuman yang diperbuat daripada plastik atau logam.

broccolirevolution/Instagram

Tidak kira sama ada anda meminum minuman berkarbonat, kafein, jus buah atau smoothie, penyedut minuman mesra alam ini tetap akan berfungsi dengan baik!

broccolirevolution/Instagram

Malah, kajian turut membuktikan bahawa batang kangkung mampu bertahan lama walaupun direndam di dalam air selama berjam-jam! Jika mahu, pelanggan juga boleh meratah kangkung berkenaan selepas selesai menggunakannya. Jika tidak, jangan khuatir! Hal ini kerana kangkung adalah bahan yang mudah diuraikan dan tidak akan menyumbang kepada pencemaran.

Gringreenintl/Instagram

Menurut pemilik bersama restoran berkenaan iaitu Saks Rouypirom, pelanggan yang tidak menggemari sayur-sayuran tidak perlu takut dan bimbang kerana penggunaan kangkung ini tidak akan mengubah rasa kepada minuman yang dipesan.

Meskipun harga kangkung lebih mahal daripada penyedut minuman plastik, Saks menegaskan bahawa kos tambahan tersebut adalah berbaloi demi kebaikan yang berpanjangan.

broccolirevolution/Instagram

Inisiatif ini nampaknya turut mula diamalkan oleh beberapa cawangan pasaraya Jaya Grocer di Malaysia yang menggunakan daun pisang bagi membungkus produk mereka! Lebih menarik lagi, setiap daun pisang yang digunakan oleh Jaya Grocer adalah dibekalkan oleh OA Organics.

Forbes

Bagi yang tidak tahu, OA Organics adalah syarikat komuniti milik Orang Asli yang memberi peluang kepada komunitinya untuk meraih pendapatan tetap menerusi penanaman secara organik.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular