Pertama kali menjamah menu mee sizzling, sudah jatuh cinta! Kuahnya yang pekat dan enak memang membangkitkan selera. Cuma masalahnya ialah kuantiti dan kualiti makanan tersebut dilihat tidak memuaskan hati penggemar mee sizzling biarpun harganya semakin meningkat. Inilah yang membuatkan penggemar mee sizzling mula beralih kepada menu lain.

Namun usah bimbang lagi kerana anda pun boleh memasak sendiri hidangan kegemaran anda itu di rumah dan menariknya lagi, anda tidak memerlukan hot plate!

Wah, bunyinya sudah mengujakan! Mari lihat resipi yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Eida Ilham.

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

Bahan A:

  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 5 tangkai cili kiring (digunting kasar)

Bahan B:

  • Ayam dipotong kecil-kecil
  • Cendawan shitake (rendam terlebih dahulu dan dibelah 4)

Bahan C:

  • 6 sudu sos tiram
  • Kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • Gula
  • Minyak bijan (terpulang mahu campur atau tidak)
  • Serbuk lada hitam (terpulang mahu campur atau tidak)

Bahan D:

  • Sawi (dicelurkan sahaja)
  • 3 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan air terlebih dahulu)
  • Yee Mee atau mee kuning

Cara-cara memasak:

1. Tumis semua bahan A dengan minyak sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam diikuti dengan semua bahan C. Apabila sudah mendidih, masukkan cendawan shitake.

3. Apabila ayam telah masak, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau sehingga kuah sebati dan likat kemudian tutup api.

4. Rendam yee mee atau mee kuning dalam air suam. Jangan rendam terlalu lama kerana jika mee kembang, rasanya nanti kurang enak.

5. Masukkan 2 senduk kuah sizzling ke dalam kuali dan pecahkan telur. Tunggu hingga telur separuh masak dan tuang di atas pinggan yang berisi mee. Letakkan sawi yang telah dicelur. Siap dan sedia untuk dimakan!

Mudah bukan cara untuk menyediakan resipi mee sizzling ala kedai makan ini? Selamat mencuba!

Sumber: FACEBOOK | EIDA ILHAM, Sirap Limau

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular