Kehadiran anak kembar semestinya menjadi kedatangan yang ditungu-tunggu oleh ibu bapa, maklumlah mempunyai dua anak dalam satu masa yang mempunyai muka seiras.

Namun, bagi pasangan, Jeorge Gomez dan Rooh Amaya dari Argentina dikurniakan bayi yang luar biasa iaitu pasangan bayi perempuan albino.

Carlos Gabriel Paz/Facebook

Kelahirannya membuatkan ibu bapanya terkejut kerana tidak menyangka mereka menerima dua si kecil ‘Snow White’ yang sangat comel.

Carlos Gabriel Paz/Facebook

Pasangan bayi kembar yang dinamakan Virginia dan Catalina itu dilahirkan di wilayah Tuciman, utara Argentina mula menjadi tular di kawasan tersebut kerana menjadi kelahiran kembar albino pertama yang dilahirkan di negara berkenaan.

Pasangan kembar yang dilahirkan awal ketika berusia 36 minggu disambut oleh kakitangan hospital di kawasan berkenaan dengan penuh rasa teruja kerana kelahiran yang luar biasa.

Albinismo Argentina/Facebook

Catalina yang menjadi bayi pertama yang dilahirkan kira-kira 2.6 kg diikuti Virginia yang lahir dua minit kemudian dengan berat kira-kira 2.4kg.

“Ketika diberitahu isteri saya bersalin anak kembar, saya sangat gembira namun tidak menyangka anak ini dilahirkan istimewa dan luar biasa kerana albino.

“Namun saya bersyukur kerana diberikan ‘hadiah’ yang sangat bermakna, dan saya sangat terharu dengan pemberian ini dan bagi saya ini adalah satu rahmat daripada Tuhan,” ujar Jeorge Gomez, ayah pasangan kembar berkenaan.

Carlos Gabriel Paz/Facebook

Albino adalah gangguan pigmen yang jarang berlaku menyebabkan kulit dan rambut tidak pewarna kerana kekurangan melanin.

Menurut Pertubuhan Kebangsaan Albinisme dan Hipopigmentasi, satu daripada 17,000 orang di Amerika Syarikat (AS) mempunyai Albino.

Walau bagaimanapun, peluang untuk mempunyai kembar albino dianggap sangat jarang berlaku.

Pasangan kembar comel ini memerlukan penjagaan khas sepanjang proses membesar kerana kulit dan mata mereka akan sangat sensitif terhadap sinar UV  matahari.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular