Bagi setiap ibu bapa pasti berasa risau jika bayi mereka kerap menangis. Mereka beranggapan mungkin bayi tersebut lapar, dahaga, berasa tidak selesa dengan lampin mereka atau ada perkara lain yang membuatkan mereka menangis.

Namun, tahukah anda sebenarnya anak kecil juga mempunyai taktik mereka sendiri untuk menarik perhatian orang di sekelilingnya atau cuba menyampaikan sesuatu.

Pernahkah bayi anda meragam tanpa sebab? Mereka tidak lapar, badan juga sihat sahaja tetapi masih menangis. Sebenarnya ada ‘rahsia’ di sebalik semua itu…

Nurul Hidayah

1. Tangisan mereka adalah palsu!

Tangisan palsu adalah ‘penipuan’ yang dilakukan oleh si kecil. Laporan mengatakan ada penyelidikan terkini yang menunjukkan bahawa bayi mula ‘menipu’ sejak mereka mencapai usia 6 bulan.

2. Bayi yang banyak menangis dikatakan lebih bijak, mengapa agaknya ya?

Hal ini kerana tangisan palsu mereka menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mempunyai kesedaran diri. Tangisan palsu mereka adalah kerana mereka mahukan perhatian daripada orang yang berada di sekitar mereka.

Mungkin bagi kita mereka hanya ‘mengada-ada’ tetapi itulah cara mereka untuk mendapatkan kasih sayang dan perkara ini sebenarnya menunjukkan mereka sedang membesar dengan baik.

babycenter

Kadang-kadang bayi akan berhenti menangis secara tiba-tiba dan selepas itu mereka akan menangis semula. Pernahkah anda melalui pengalaman seperti itu?

Hal ini menunjukkan mereka bukan sahaja meluahkan perasaan melalui tangisan malah sedang cuba melakukan ‘eksperimen’ untuk mengetahui kelakuan apakah yang berkesan sehingga orang memberi respons kepada tangisan mereka.

Selain itu, tangisan juga merupakan cara bayi berkomunikasi. Interaksi antara bayi dan ibu bapa adalah perkara yang paling penting dalam perkembangan sosial dan emosi si kecil.

3. Patutkah membiarkan sahaja bayi menangis?

Ada orang yang keliru dengan berpendapat bahawa memandangkan tangisan ‘palsu’ bayi menunjukkan mereka bijak jadi kita perlu membiarkan mereka terus menangis, ini tidak benar sama sekali!

Anda harus peka dengan tangisan bayi. Jika bayi menangis kerana mahu mendapatkan sesuatu yang tidak munasabah, anda tidak perlu melayan kerena mereka dan anggaplah seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ini kerana jika anda menuruti kemahuannya, bayi anda akan mengulangi perbuatan itu dan menggunakannya sebagai ‘senjata’ untuk menarik perhatian anda.

HaiBunda

Oleh itu, anda harus meluangkan masa bersama bayi anda seperti bermain dan bergurau dengannya. Dengan cara ini, bayi anda tidak akan rasa bersendirian dan tidak akan menangis palsu.

Sumber: COCO 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular