Siapa setuju bahawa buah terbaik yang pernah dimakan adalah merupakan buah tembikai yang telah disejuk dinginkan di dalam peti sejuk? Bagi mereka yang tidak pernah mencubanya, apa kata anda cuba sekarang!

Tembikai terdiri daripada 95% air dan berupaya menghidratkan dan menyejukkan tubuh badan. Tembikai biasa yang kita ketahui agak berat dan besar, sehinggakan ia tidak boleh dihabiskan keseorangan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat sejenis tembikai yang sangat kecil dan comel?

Tembikai mini sememangnya wujud di dunia. Saiznya tidak begitu ketara dan hampir sama dengan sebiji buah anggur selain comel dan kelihatan menarik.

Jika dibezakan dengan saiz tembikai biasa, kita dapat lihat bahawa ia tidak ubah seperti tembikai kerdil.

Isinya pula berbeza – bewarna hijau dan rasa seperti timun. Ia sangat rangup dan menyegarkan dengan sedikit rasa sitrus.

Ia sebenarnya berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Ia dikenali sebagai melon tikus dan timun masam gherkin Mexico.

Keseluruhan buah tersebut boleh dimakan termasuklah bahagian kulitnya. Tambahan pula, ia boleh dimakan terus selepas basuh.

Difahamkan ia juga tidak terkesan dengan kehadiran serangga mahupun penyakit, menjadikannya selamat dimakan. Selain itu, kadar nutrisinya pula adalah lebih tinggi berbanding dengan tembikai biasa.

Jika tidak mahu dimakan begitu sahaja, terdapat juga pilihan untuk menambahkannya di dalam hidangan salad, dijadikan jeruk atau dijadikan sebagai hiasan koktel.

Ini rupa pokoknya.

Sememangnya, tembikai mini ini sungguh unik dan comel!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular