Sekiranya seseorang itu merasakan pendidikan itu amat penting kerana ia dipercayai mampu memberi jaminan masa depan, mereka akan membuat apa sahaja demi mendapatkannya walaupun berada dalam keadaan yang amat miskin dan tidak berkemampuan.

Seorang bapa dari Filipina ini sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan anak-anaknya tidak ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan. Rakaman gambar yang menunjukkan keadaan dirinya dan keluarga yang miskin ketika menghadiri upacara tamat tadika anak perempuan menjadi tular dan menyentuh hati semua.

Walaupun bapa ini tidak mampu membeli sepasang selipar untuk diri sendiri dan berjalan ke sana ke mari dengan berkaki ayam, tetapi itu tidak menghalangnya dari menghantar anaknya untuk mendapatkan pendidikan di sekolah demi masa depan dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Pekerja pembinaan yang berasal dari La Fortuna, Oriental Mindoro ini sanggup menghantar anak perempuan kecilnya ke sekolah walaupun keadaan kehidupan mereka sekeluarga amat daif dan miskin.

Seorang netizen telah merakamkan gambar menyayat hati ini ketika mereka berada di satu upacara tamat tadika, apabila dia terlihat bapa ini memegang erat tangan anak perempuannya dan mengiringinya naik ke pentas untuk menerima sijil dengan berpakaian baju-T berlogo Superman dan berseluar pendek.

Apa yang membuat semua orang berasa sebak dan kagum pada masa yang sama ialah apabila melihat kedua anak beranak ini berjalan bersama-sama ke atas pentas dengan berkaki ayam. Mereka begitu berani dan tidak menghiraukan pandangan orang lain demi mendapatkan pendidikan.

Gambar ini menunjukkan betapa miskinnya keluarga ini sehingga untuk membeli sepasang selipar pun mereka tidak mampu. Ketika semua orang akan memakai pakaian terbaik mereka semasa menghadiri hari yang istimewa, bapa ini hanya mampu memakai pakaian baju-T Superman berwarna biru muda dan berseluar pendek sebagai pakaian istimewa pada hari istimewa anak gadisnya.

Gambar ini bukan sahaja membuat netizen berasa simpati tetapi pada masa yang sama menyanjungi sikap bapa ini yang menyedari bahawa dengan mendapatkan pendidikan itu, ia adalah salah satu cara yang akan mampu membawa keluar keluarganya daripada kemiskinan.

Walaupun bapa ini tidak mampu memberikan anak perempuannya barangan mewah, tetapi sekurang-kurangnya dia mampu menghantarnya ke sekolah demi masa depan yang lebih baik. Maka kita semua patut bersyukur dengan apa yang kita ada apabila melihat situasi keluarga ini.

Sumber : Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular