KOTA KINABALU – Para saintis daripada University of Nottingham dan University of Oxford, United Kingdom, baru-baru ini telah menemui pokok tropika tertinggi di dunia yang berketinggian 100 meter di kawasan pemuliharaan Lembah Danum, Lahad Datu.

Rekod sebelum ini dipegang pada ketinggian 96.9 meter oleh pokok Shorea faguetiana yang berasal daripada keluarga Dipterocarpaceae di Taman Bukit Tawau pada tahun lalu.

mongabay

Menurut laporan National Geographic, satu pasukan telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan Southeast Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP), dan pokok tertinggi tersebut diberi nama “menara”.

Difahamkan pokok tersebut adalah lebih panjang berbanding dengan padang bola dan beratnya pula mencecah lebih kurang 81,500 kilogram. Pada mulanya, ia dilihat daripada udara, sebelum ketinggian sebenar ditentukan melalui aktiviti memanjat dan menggunakan pita pengukur.

LahadDatuViral|Facebook

Pembantu penyelidik SEARPP, Jamiluddin Jami yang ditugaskan dengan tugas itu, berkata ia tidak semudah itu kerana kehadiran haiwan kecil mungkin mengancam nyawa. “Ekspedisi seperti ini bermanfaat untuk komuniti dan baik untuk pemuliharaan hutan hujan. Ia juga melibatkan ikatan persahabatan. Hal ini kerana pendakian sebegini bukan hanya melibatkan seorang individu sahaja. Ia memerlukan pasukan yang mahir”.

“Adalah penting untuk mengetahui bahawa memulihara hutan hujan membuahkan hasil. Sebahagian daripada pokok-pokok gergasi yang unik itu masih berada di luar sana, tidak semuanya hilang”.

iluminasi

Beliau berkata sejak mula terlibat dalam program penanaman semula hutan hujan dan menanam benih pada usia 13 tahun, beliau menyedari akan pentingnya hutan. beliau turut berharap agar pokok-pokok tersebut dapat bertahan selama beberapa tahun untuk generasi akan datang.

Pada tahun 2016, New Straits Times melaporkan tentang 50 pokok tropika tertinggi di Lembah Danum – 33 daripadanya berada di Lembah Danum, 10 di Tabin, dan 1 di Maliau Basin serta selebihnya di kawasan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Rizab hutan di Lembah Danum, Tabin dan Maliau Basin diletakkan di bawah Yayasan Sabah iaitu badan berkanun kerajaan negeri.

NewScientist|YouTube

Sumber: National Geographic

Maybe you're interested :

Share

Video Popular