Ada yang berkata, seorang isteri yang gembira akan membuat seluruh keluarga gembira. Dan perkataan itu tidak hanya terpakai kepada manusia, malahan buat haiwan juga.

Pasangan anjing peliharaan di bawah ini tidak terkecuali dalam menunjukkan rasa kasih sayang mereka. Satu rakaman video menunjukkan saat manis itu, betapa pasangan anjing ini boleh menjadi begitu comel dan menyentuh hati semua dengan perasaan cinta mereka.

Rakaman video dengan kapsyen, “Pastikan wanita anda tidak pernah kelaparan,” menunjukkan seekor anjing betina menyusukan anak-anaknya di satu sudut rumah. Ibu anjing ini nampak letih dan lapar tetapi tugas sebagai ibu perlu diutamakan.

Tiba-tiba datang seekor anjing jantan berwarna hitam yang melompat ke arah ibu anjing ini dan anak-anaknya. Anjing ini bukannya sekadar mahu melihat ibu anjing menyusukan anak-anaknya, tetapi kerana mahu memberi ibu anjing ini makan kerana tahu dia sedang kelaparan. Seekor anjing yang amat prihatin kepada pasangannya dan anak-anak mereka.

Anjing jantan ini bukan sahaja memberi makan kepada pasangannya yang sedang lapar dan letih, malahan memberinya ciuman dan pelukan kasih sayang untuk menenangkan hatinya.

Selepas memberinya makan, anjing jantan ini memeluk pasangannya dengan lembut sementara anak-anak mereka masih erat sedang menyusu. Kerana tahu makanan yang diberikan tidak mencukupi, bapa anjing ini turun dan mengambil makanan sekali lagi untuk diberikan kepada pasangan yang dikasihinya.

Kali ini, bapa anjing yang penyayang ini memberi makan dan melayan pasangannya dengan lebih baik lagi. Ibu anjing ini bangun sebentar dan mengambil makanannya sambil meregangkan kaki, sementara bapa anjing memerhatikan anak-anak mereka.

Saat manis ini berakhir dan perasaan lebih manis apabila bapa anjing penyayang memeluk erat pasangannya sambil memberi ciuman kasih sayang, dan sentiasa berada di sisinya. Barangkali kita boleh katakan anjing jantan ini begitu mencintai pasangannya dan menghargai setiap saat ketika mereka bersama-sama. Tambahan pula, pasangan ini kini sudah menjadi ibu bapa kepada anak-anak yang comel dan mereka perlu menunjukkan contoh teladan yang baik.

Lihat video di bawah.

9GAG/Twitter

Sumber : 9GAG/Twitter , Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular