Baru-baru ini, lagu berjudul “Lullaby For A Cat” nyanyian Epik High telah menjadi tular setelah ramai yang mengakui bahawa lagu tersebut telah membuat kucing mereka mengantuk dan tertidur.

Walaupun lagu daripada album terbaru Epik High, Sleepless in __________ tersebut memiliki lirik yang agak sedih dan menyayat hati, tetapi ia sebenarnya menjadi lagu yang dapat menenangkan kucing di seluruh dunia.

Peminat Epik High membuatkan #LullabyForACat menjadi trend di Twitter dengan memuat naik video kucing mereka tertidur ketika mendengar lagu itu.

Selain itu, ramai juga yang melakukan cabaran #LullabyForACat yang hasilnya kucing mereka benar-benar tertidur apabila dimainkan lagu tersebut.

Lihatlah sebahagian video-video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter di bawah ini, kucing-kucing mereka seolah-olah ‘dirasuk’ oleh melodi lagu Lullaby For A Cat. Malah ada yang menguap setelah mendengar lagu tersebut. Ia benar-benar berkesan!

Epik High adalah kumpulan hip hop alternatif Korea Selatan dari Seoul, yang dianggotai oleh Tablo, Mithra Jin, dan DJ Tukutz.

Peminat kini memanggil Tablo sebagai ‘Cat Whisperer‘, kerana telah menulis lagu yang mampu membuat kucing mengantuk dan tertidur apabila mendengarnya.

Dengar lagu Lullaby For A Cat, dan cuba uji ‘sihir’ lagu ini jika anda mempunyai kucing:

Sumber: Koreaboo

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular