Menurut norma, setiap orang pasti mempunyai rakan atau sahabat untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna. Dalam pergaulan bersama rakan-rakan, anda akan menemui dua golongan sahabat iaitu ‘sahabat sejati’ yang ikhlas serta baik hati dan ‘sahabat toksik’ yang sebenarnya tidak mempedulikan diri anda melainkan hanya diri mereka sendiri.

Panduan di bawah mungkin berguna buat anda dalam membuat perbezaan antara ‘sahabat sejati’ dan ‘sahabat toksik’.

#1. Sahabat sejati akan meraikan kejayaan anda, manakala sahabat toksik hanya akan berasa iri hati dengan kejayaan anda.

#2. Sahabat sejati akan menghubungi anda semata-mata kerana mereka merindui anda, manakala sahabat toksik hanya akan mencari anda apabila mereka memerlukan pertolongan.

#3. Sahabat sejati sentiasa memahami anda juga memerlukan masa untuk diri sendiri, manakala sahabat toksik akan menggunakan segala masa yang anda ada demi memenuhi kepentingan mereka.

#4. Sahabat sejati akan memahami setiap orang mempunyai pilihan untuk bersahabat dan tidak akan mengadili orang lain, manakala sahabat toksik tidak menyukai anda bersahabat dengan orang lain dan tidak mahu mengenali mereka juga.

#5. Sahabat sejati akan menerima anda seadanya, manakala sahabat toksik akan cuba mengawal dan mengubah diri anda.

#6. Sahabat sejati akan sentiasa bersikap empati, manakala sahabat toksik akan sentiasa menyakiti perasaan anda.

#7. Sahabat sejati sukakan waktu perbincangan dengan anda dan menghargai pendapat, manakala sahabat toksik akan mencari jalan dan berkeras supaya dia sahaja yang akan menang apabila berada di dalam perbincangan.

#8. Sahabat sejati sentiasa menghormati anda dan maruah diri sendiri, manakala sahabat toksik mudah naik angin dan tidak dapat mengawal kemarahan apabila kepentingan mereka tidak dapat dipenuhi.

Diharap anda sudah menemui sahabat sejati!

Sumber : Life Hack , Cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular