Seorang bapa yang miskin secara tidak sengaja telah mencalarkan sebuah kereta BMW yang diletakkan di tepi jalan. Bersalah dengan tindakan yang tidak disengajakan itu membuatkan dia meninggalkan nota mengandungi kata-kata maaf ekoran kecuaiannya.

Dia juga berharap agar pemilik kereta dapat memberikannya masa untuk membayar ganti rugi. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka bahawa pemilik BMW tersebut akan tersentuh dengan nota yang ditulisnya.

Pada suatu hari, Qinlong membawa anaknya berjalan. Tiba-tiba, seperti sudah ditakdirkan, dia mencalarkan sebuah kereta meah secara tidak sengaja, namun dia tidak melarikan diri, sebaliknya berniat mahu memperbetulkan kesilapannya.

Dia kemudian menyuruh anaknya pulang ke rumah dan membawa kertas dan pen. Qinlong kemudian menulis nota meminta maaf dan menyelitkan surat tersebut di pengelap cermin kereta berkenaan.

Menerusi nota yang ditinggalkannya, Qinlong meminta maaf dan menjelaskan bahawa dia tidak bekerja buat masa ini setelah perniagaannya bankrap. Dia dan keluarga turut mengalami krisis kewangan dan hanya memiliki 100 Yuan (RM60).

“Saya secara tidak sengaja mencalarkan kereta kamu dan saya harus bertanggungjawab. Jadi, terimalah 100 Yuan ini sebagai bayaran awal dan saya mohon 2-3 bulan lagi untuk membayar bakinya. Saya beri jaminan bahawa saya tidak akan lari”, tulis Qinlong.

Semasa membaca nota tersebut, pemilik BMW pada mulanya takut bahawa Qinlong merupakan seorang penipu. Dia kemudian menelefon Qinlong.

Pemilik tersebut memberitahu bahawa kereta yang dicalarkan itu merupakan sebuah kereta Mercedes Benz. Namun, Qinlong membalas sejujurnya, berasa panik dan berkata, “Adakah kamu merupakan rakan kepada pemilik tersebut? Bolehkah kamu membantu saya mencari pemiliknya? Saya mesti memberitahu pemiliknya bahawa saya tercalarkan keretanya dan sanggup membayar kos pembaikian”.

Sebaik sahaja pemilik itu mendengar kata-kata Qinlong, dia berasa selamat dan yakin bahawa Qinlong tidak berniat jahat, bahkan jujur dan mahu bertanggungjawab.

Pemilik tersebut memberitahu Qinlong bahawa kos keseluruhan membaiki calar tersebut adalah sebanyak 1900 Yuan (RM1,155) namun ekoran Qinlong jujur dan bersungguh mahu bertanggungjawab, maka dia memutuskan tidak akan menyuruh Qinlong menjelaskan kos tersebut.

Walau bagaimanapun, Qinlong enggan berbuat demikian kerana ia bukanlah prinsip hidupnya. “Saya telah mencalarkan kereta anda dan saya perlu membayar kos kerosakannya. Saya tidak mahu melanggar prinsip hidup saya”, jelas Qinlong.

Pemilik kereta tersebut sangat tersentuh dengan kata-kata Qinlong dan bertanyakan sesuatu kepadanya, “Oleh kerana kamu begitu bersungguh mahu membayar kos itu, dan saya pula secara kebetulan memerlukan pekerja. Apa kata kamu bekerja untuk syarikat saya? Saya sangat tersentuh dengan kejujuran kamu. Setelah kerja barulah kamu boleh menggantikan wang saya, kita juga boleh menjadi sahabat!”, jawab si pemilik BMW.

Pemilik itu sebenarnya tidak begitu kisah akan calar pada keretanya itu, sebaliknya lebih tertarik dengan kejujuran yang dimiliki Qinlong. “Agak sukar untuk menemui seorang seperti kamu dan jika kamu mahu membantu saya dalam perniagaan, saya amat gembira”, katanya.

Kisah ini memberi pengajaran buat kita supaya sentiasa berkata jujur dan bertanggungjawab atas segala tindakan yang kita lakukan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular