Pada Disember 2018, sebuah syarikat Jepun melancarkan sistem “perkongsian-payung” yang dipanggil iKasa di Tokyo, di mana orang ramai boleh menyewa payung di tempat strategik seperti di kedai-kedai seluruh bandaraya Tokto.

iKasaJapan|Facebook

Proses penyewaan adalah agak mudah dan apa yang perlu dilakukan ialah:

#1. Tambah akaun iKasa sebagai rakan di aplikasi LINE.

#2. Klik butang ‘Rent a Pay’.

#3. Klik di tempat yang berdekatan dengan lokasi semasa anda. Kemudian, periksa sama ada tempat itu buka dan terdapat payung yang tersedia.

#4. Teruskan ke tempat itu, imbas kod QR pada pemegang dan payung adalah milik anda untuk hari itu.

#5. Sebaik sahaja anda selesai menggunakannya, imbas kod QR di tempat pemulangan.

iKasaJapan|Facebook

Pelanggan akan dikenakan bayaran 70Yen (lebih kurang RM2.50) sehari pada kad kredit pra-berdaftar mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya pelanggan lupa untuk memulangkannya pada hari yang sama, mereka akan dikenakan caj tambahan 420Yen (kira-kira RM15), pelanggan boleh mengambil payung tersebut dan tidak perlu mengembalikannya lagi.

Sistem ini telah berjalan selama beberapa bulan dan pihak pengurusan sangat berpuas hati melaporkan bahawa 100 peratus payung dikembalikan semula, yang mengagumkan para netizen di seluruh dunia kerana inisiatif serupa telah dijalankan di negara-negara lain seperti China, Hong Kong, dan Malaysia sebelum ini dan keputusannya agak memalukan.

Sumber: TimeOutiKasaJapan|Facebook

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES INSPIRASI Pesona

Video Popular