Seorang ibu yang masih lagi bersedih memutuskan untuk menasihati orang ramai, khasnya para ibu bapa untuk berhati-hati dengan individu yang memegang bayi mereka.

Nicole Sifrit sebelum ini telah melahirkan bayi perempuannya, Mariana secara sihat. Kelahiran bermakna tersebut membuatkan Nicole mahu segera berkahwin dengan bapa bayi tersebut, Shane Sifrit beberapa hari kemudian.

InsideEdition|YouTube / Paparan video

Namun, hanya beberapa jam selepas majlis perkahwinan tersebut, ibu bapa Mariana mendapati bahawa bayi mereka tidak mahu makan dan enggan bangun daripada tidur menyebabkan mereka bergegas membawa Mariana ke Hospital Blank Children di Des Moines.

Di sana, ibu bapa berkenaan mendapati bahawa bayi mereka terkena virus Meningitis HSV1, iaitu penyakit merbahaya yang disebarkan melalui sentuhan dengan mereka yang mempunyai ‘cold sore’ (lepuhan pada kulit)

InsideEdition|YouTube / Paparan video

“Mereka menyentuhnya dan anak saya menyentuh mulutnya dengan tangannya”, jelas Nicole pada Who TV. Kedua-dua ibu bapa tersebut kemudian menjalani ujian kesihatan berkenaan dengan virus itu, hasilnya negatif. Ini bermakna orang lain telah menyebarkannya pada Mariana.

“Pastikan bayi anda diasingkan. Jangan biarkan sesiapa melawat mereka dan pelawat kerap mencuci tangan. Jangan biarkan orang lain mencium bayi anda dan meminta izin dahulu sebelum mahu mengangkatnya”.

“Memang perkara sebegini berlaku dan saya tidak pernah menyangka ia boleh berlaku pada saya. Saya langsung tidak bersedia”. Mariana kemudian dibawa ke Hospital Universiti Iowa dan diletakkan di bawah bantuan sokongan hayat. Beberapa doktor telah ditugaskan untuk menyelamatkan bayi tersebut.

“Terdapat pasukan khas untuk buah pinggang, hati, darah dan neurologi. Dia juga diberi ubat untuk mengawal sawan, dialisis buah pinggang dan saluran darah pada hatinya yang bocor”, tulis Nicole pada kenyataan yang dimuat naiknya.

Namun, nasib tidak menyebelahi bayi tersebut walaupun dibantu oleh beberapa orang pakar, tahap kesihatannya merosot. “Keadaan mula bertambah buruk. Dalam masa 2 jam, dia sudah berhenti bernafas dan organ dalamannya pula mula mengalami kegagalan”, jelas Shane.

InsideEdition|YouTube / Paparan video

Sedih dengan berita itu, Nicole kemudian menulis kenyataan pada Facebook, “Hati saya remuk, kesihatan bayi saya merosot dengan cepat! Tiada sebarang aktiviti pada otaknya, diikuti dengan paru-paru, jantung, buah pinggang dan hati. Mereka tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan”.

Keesokan paginya, Nicole memberitahu bahawa anaknya telah meninggal dunia. “Puteri kami, Mariana Reese Sifrit telah dikurniakan ‘sayap malaikatnya’ pada jam 8:41 pagi di dalam pelukan bapanya, bersebelah ibunya. Dia kini tidak lagi menderita dan selamat dengan Tuhan”. Laman Go Fund Me juga mula menjalankan kempen pengutipan dana untuk membantu ibu bapa tersebut menjelaskan sebarang kos perbelanjaan.

InsideEdition|YouTube

Sementara itu, seorang bayi dari Durham, United Kingdom, Kaylah Merritt pula telah dimasukkan ke wad selama 4 hari di sebuah hospital setelah salah seorang ahli keluarganya mencium bibir bayi tersebut. Difahamkan bahawa ahli keluarga tersebut mengalami lepuhan menyebabkan bayi tersebut mengalami ruam-ruam yang menyakitkan pada kulitnya. Kaylah juga dikatakan hampir mati kerana ruam ungu pada badannya.

Mirror.co

Menurut Daily Mail, Kaylah didiagnos dengan ekzema herpeticum – disebabkan oleh virus herpes simplex yang membawa kepada lepuhan teruk pada kulit. Ibu bapanya, Brogan Thomas dan Connor Merritt dari Darlington bergegas membawa Kaylah ke hospital dan dia diberikan antibiotik. “Kaylah menangis dan saya tahu dia dalam kesakitan”, jelas ibunya pada Daily Mail.

Sumber: WhoTvMirror.co

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN VIDEO

Video Popular