Kadang-kala, orang yang kita cintai lebih memahami diri kita. Seperti apa yang berlaku terhadap Jyeristia Enmenia, yang menerima hadiah alat soleh daripada teman lelakinya.

@jyeristia___|Twitter

Kejutan yang membuatkan dirinya terharu itu dikongsi olehnya di akaun Twitter miliknya sehingga menjadi tular. Menurut mStar, Jyeristia berkongsi bahawa dia selalu kurang keyakinan diri.

Di kongsiannya itu, dia menulis:

“Saya selalu cakap saya tidak cantik, kurang keyakinan diri apabila tengok orang yang lebih cantik. Jadi dia tidak mahu dengar saya cakap macam itu, dia mahu saya yakin pada diri sendiri.”

Jyeristia Enmenia yang berasal dari Sarawak dan berusia 20 tahun, memuat naik gambar hadiah berkenaan dan ia menerima hampir 2,000 retweet.

@jyeristia___|Twitter

Dia berkongsi bagaimana teman lelakinya, Daniel Zulkfili yang berusia 22 tahun, membuat kejutan dengan menghadiahkan set highlighter BeauTyra  supaya dia menjadi lebih yakin dengan kecantikan sendiri.

“Dia bagi hadiah itu bukan sebab saya tidak cantik, cuma dia mahu saya jadi lebih yakin pada diri sendiri dan berhenti rasa rendah diri,” kata Jyeristia.

Mereka mula berkenalan di Instagram sekitar dua tahun lalu, Jyeristia menyifatkan teman lelakinya itu sebagai lelaki yang cukup memahami dirinya.

@jyeristia___|Twitter

“Dia seperti kawan baik saya, selalu tolong saya. Itu yang buat saya tertarik pada dirinya. Saya kongsi di Twitter bukan untuk menunjuk, sebaliknya saya mahu dia tahu yang saya hargai usahanya,” tambah Jyeristia.

Menurut Jyeristia, dia tidak pernah meminta alat solek berkenaan dan tidak menyangka teman lelakinya cukup memahami keinginannya.

Malah, dia juga terkejut kerana teman lelakinya berjaya mendapatkan alat solek itu yang sering kehabisan stok sebelum ini.

Nampaknya Daniel telah mengambil perhatian terhadap apa yang ditweet Jyeristia untuk mengetahui apa yang disukai oleh Jyeristia; dan nampaknya ini bukan kali pertama Daniel membuat kejutan kepada Jyeristia.

Berikut adalah kejutan yang diberikan kepada Jyeristia sebelum ini:

@jyeristia___|Twitter

Jyeristia juga mendedahkan bahawa tindakan teman lelakinya telah memberi inspirasi kepada lelaki lain dan mereka bahkan telah bertanya kepadanya tentang produk tersebut dan di mana mereka boleh mendapatkannya untuk dibelikan kepada teman wanita mereka.

“Saya gembira bila mereka ada usaha untuk gembirakan teman wanita masing-masing. Saya rasa positif apabila ada orang yang nak gembirakan orang lain, itu sahaja,” tambahnya lagi.

Sumber: @jyeristia___|Twitter, mStar

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular