Kanak-kanak memang lucu dan comel dengan aksi dan tingkah laku mereka sendiri. Dengan sifat polos mereka membuatkan ramai orang cair hati dan tidak hairanlah jika ada yang mengatakan dengan melihat anak kecil boleh hilang segala masalah.

Buktinya, lihat sahaja gaya dua orang kanak-kanak perempuan dalam video ini. Mereka yang berasal dari Sandakan, Sabah ini menjadi tular di internet kerana aksi comel mereka bermain ‘hula hoop’ di sekolah.

Percaya atau tidak video mereka telah ditonton lebih daripada 3.3 juta kali tontonan di Twitter selepas dimuat naik oleh guru mereka, Muhamad Fazri Hassan bulan lalu.

 

View this post on Instagram

 

Muhamad Fazri Hassan, a 26-year-old teacher at SK Gas school in Sandakan town in Sabah, Malaysia, filmed two students from his special education class trying to hula hoop during a PE class earlier this month. Hassan told BuzzFeed News he initially shared the video to his Instagram stories, but it somehow made its way to Twitter, where it went viral. After that, he decided to tweet the video himself to answer some of the questions he was receiving about special education and Maisarah, the girl in the blue scarf who has global developmental delay. The video then went viral again, being watched more than 3.5 million times on Twitter ❤️😭 To see more videos of the kids, click the link in bio 👆(📹: @fazri.hassan) – #girl #girls #kid #kids #child #children #hulahoop #hulahooping #hoop #hooplove #hoopersofinsta #hoopersofig #hooping #specialeducation #education #teacher #teachers #teacherlife #teachersofig #teachersofinsta #teachersofinstagram #educator #educators #learning #school #schools #teaching #teach #malaysia #malaysian

A post shared by BuzzFeed World (@world) on

Perhatikan si kecil bertudung biru ini, memang ramai yang terpikat dengan gaya comelnya selepas gagal memutar gelung di pinggulnya, lucu betul!

Twitter @syafiqhariz1

Twitter @aimanasyraffff

Menariknya lagi, aksi kanak-kanak ini turut menarik perhatian selebriti Hollywood seperti Ava Duvernay dan Patton Oswalt. Masing-masing nampaknya suka akan senyuman manis si kecil!

Twitter @ava / Twitter @pattonoswalt

Video itu disiarkan oleh Muhamad Fazri Hassan, seorang guru di SK Gas yang merupakan sebahagian daripada pengajar Program Pendidikan Khas Bersepadu (PPKI) sekolah. Beliau mendedahkan bahawa Maisarah adalah salah seorang pelajarnya. Dalam temu bual dengan Buzzfeed News, Fazri berkata beliau telah mengajar PPKI di sekolah sejak Januari 2018.

Fazri bersama Maisarah (“Little Blue”) dan dua orang pelajarnya yang lain.

Muhamad Fazri Hassan

Fazri menjelaskan bahawa walaupun pelajar PPKI disepadukan dengan pelajar arus perdana, mereka mempunyai bilik darjah sendiri serta kurikulum khas.

Sekolah ini juga memfokuskan kepada minggu kesedaran pendidikan khas setiap tahun bagi pelajar arus perdana untuk menyertai kelas pelajar pendidikan khas dan berinteraksi dengan mereka.

Fazri berkata bahawa dia akan membuat video atau mengambil gambar pelajarnya apabila sesuatu yang menarik berlaku supaya dia boleh berkongsi dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Menurutnya lagi, ibu bapa kanak-kanak yang terlibat telah memberi kebenaran kepadanya untuk memuat naik gambar dan video dengan tujuan mempromosikan kesedaran dan pemahaman mengenai pendidikan khusus.

Berikut adalah beberapa status terkini yang dimuat naik guru tersebut.

“Kami memberitahu bahawa dia telah menjadi ‘viral’, tetapi dia tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘viral’,” kata Fazri.

Menurut Maisarah, anaknya itu ada bercerita mengenai dirinya menjadi terkenal kepada adik perempuannya tetapi dia mungkin tidak memahami semua itu walaupun sebelum ini sudah ramai orang yang suka mengambil gambar dengannya.

Seiring dengan video dan populariti Maisarah, Fazri telah menubuhkan Facebook rasmi supaya orang ramai tahu mengenai aktiviti PPKI sekolah terkini. Jangan lupa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan mereka!

Sumber: SAYS, Fazri Hassan/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular