Bermula dengan menghantar bungkusan hadiah semasa kecil, pasangan ini akhirnya membentuk perhubungan yang lebih komited dengan satu perkahwinan!

Kisah percintaan antara budak lelaki dari Amerika Syarikat bernama Tyrel Wolfe dengan gadis Filipina, Joana Marchan bermula pada tahun 2000. Tyrel yang berasal dari Idaho telah berhasrat untuk memberikan hadiah kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Filipina menerusi satu program kebajikan dikenali sebagai Samaritan’s Purse.

Facebook/Tyrel Wolfe

Melalui program berkenaan, kanak-kanak Amerika yang mahu melibatkan diri boleh mengisi kotak dengan barangan tertentu yang kemudiannya dihantar kepada golongan kanak-kanak miskin Filipina. Di dalam kotak milik Tyler, dia turut memasukkan sekeping gambar dirinya beserta nama dan alamat di belakang gambar berkenaan.

Kotak tersebut berjaya sampai ke tangan Joana. Sebagai tanda terima kasih, Joana cuba untuk menghubungi Tyler dengan menghantar surat namun surat tersebut tidak pernah sampai.

Facebook/Tyrel Wolfe

Beberapa tahun kemudian, Joana cuba pula menjejaki Tyrel melalui Facebook. Dia berjaya dan menghantar permintaan untuk menjadi rakan Facebook Tyrel. Akan tetapi, permintaan berkenaan tidak dipedulikan untuk satu jangka masa tertentu.

Namun secara tiba-tiba, kedua-dua Joana dan Tyrel menjadi rakan dan mula membentuk hubungan yang erat. Lama-kelamaan, timbul bibit-bibit percintaan di antara mereka sehingga membuatkan Tyrel mahu berkunjung ke negara kelahiran Joana bagi menemui cinta hatinya!

Facebook/Tyrel Wolfe

Pada saat itulah, mereka mula jatuh cinta dan menjalinkan perhubungan dengan lebih serius. Menurut Joana, dia berasa sangat teruja kerana dapat menemui Tyrel secara berdepan setelah sekian lama.

Bagi Tyrel pula, kisah cinta mereka bukan sekadar bermula dari menjadi rakan biasa. Tetapi ianya telah ditakdirkan dan jodoh mereka kuat sehingga membuatkan mereka bertemu meskipun jarak memisahkan.

Saksikan kisah cinta sejati pasangan ini dalam video di bawah…

6 On Your Side/Youtube

Sumber: 6 On Your Side/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular