Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Cukup indah lirik ‘Kasih Ibu’ nyanyian Jamal Abdillah. Pasti kita teringat kedua-dua ibu dan ayah tatkala lagu ini berkemundang ke udara. Tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini.

GregJBaird / Gambar Hiasan

Berbanding dengan ibu, banyak perkara yang ayah tidak beritahu kita sebenarnya. Sebolehnya ayah mahu memberikan yang terbaik buat isteri dan anak-anak namun adakalanya rasa dihati tidak tertanggung dan diluahkan juga.

Dalam sesebuah keluarga, pasti ada seorang anak yang terpilih menjadi pendengar setia pada ayah. Sesekali ayah mengadu, boleh jadi sebak dan itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @anxszafirah. Tweetnya tentang luahan hati ayahnya telah membuatkan netizen menangis pilu!

@anxszafirah

Katanya, “malam tadi ayah saya berkongsi ‘kesakitan’nya dengan saya, sekarang saya menyedari pengorbanan ayah. Dia sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami. Cuba untuk menunaikan semua permintaan kami. Baginya anak-anak adalah harta yang paling berharga di dunia, kebahagiaan anak itulah yang menjadi keutamaan baginya.”

Selepas membaca mesej tersebut, @anxszafirah sedar betapa besarnya pengorbanan yang telah dilalui ayahnya. 

Paparan skrin mesej dari ayah yang telah dimuat naik oleh @anxszafirah

Cermin mata ayah @anxszafirah yang telah patah

@anxszafirah

Jubah ayah @anxszafirah yang lusuh dan koyak namun masih dipakai dan dijaga dengan baik

@anxszafirah

Anak-anak zaman sekarang memang gemar berbelanja barangan berjenama dan disebabkan itu @anxszafirah menyeru kepada orang ramai agar sentiasa mengingati akan ayah masing-masing. Katanya lagi, jangan pernah mengeluh jika ayah tidak mampu menyediakan atau melunaskan semua permintaan kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. 

Sumber: @anxszafirah|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular