Ikan jerung dikenali sebagai ikan pemangsa yang menghuni lautan. Namun, tidak selamanya ikan jerung menjadi pemangsa yang harus ditakuti. Banyak juga ikan jerung yang menjadi korban dek kerana kerakusan manusia.

Oleh itu, seorang wanita warga Itali, Cristina Zenato sedang berusaha untuk menyelamatkan populasi ikan jerung dari kail pemancing atau nelayan yang telah menjerat mereka dan terpaksa hidup bersama kail yang tajam seumur hidupnya. Cristina sudah berpengalaman selama 22 tahun menyelam dan berinteraksi dengan ikan jerung di lautan.

Wanita yang berusia 49 tahun ini memiliki kemahiran yang tinggi dalam berinteraksi dengan ikan jerung. Spesies ikan jerung tertentu kini diancam kepupusan. Oleh kerana itu, Cristina mendedikasikan hidupnya untuk menyelamatkan populasi ikan jerung.

Sejak penglibatannya dalam menyelamatkan ikan jerung, Cristina sudah berjaya melepaskan ratusan kail yang berada di mulut ikan jerung. Cristina melakukannya dengan hanya menggunakan tangannya.

cristinazenato|Instagram

Dengan menggunakan kemahiran semula jadinya, ikan-ikan jerung yang diselamatkan olehnya seolah-olah jinak dan tahu bahawa Cristina berniat baik serta tidak mengancam keselamatan mereka.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, @cristinazenato, menunjukkan bagaimana Cristina berinteraksi secara langsung dengan sekumpulan ikan jerung di dasar lautan.

cristinazenato|Instagram

Ikan-ikan jerung itu juga kelihatan begitu jinak apabila menghampiri Cristina. Cristina mengusap badan ikan jerung dengan tangannya dan mencium kepala ikan jerung itu.

“Ikan jerung mendekati saya, dan duduk diam di dasar laut, saya pun membelainya. Saya dapat menyentuh mulutnya kerana ikan jerung itu berada sangat dekat. Ia merupakan sesuatu yang terbaik bagi saya,” kata Cristina  dalam sebuah video yang dimuat naik oleh The Dodo.

Setelah itu, Cristina memulakan matlamat sebenarnya. Cristina memasukkan tangannya ke dalam mulut ikan jerung itu dan mencabut mata kail yang tertusuk.

“Ketika saya mula mencabut mata kail dari seekor ikan jerung, ikan-ikan jerung lain juga memiliki mata kail di mulut datang menghampiri saya,” katanya.

cristinazenato|Instagram

Daripada pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki selama berinteraksi dengan ikan jerung, Zenato ingin membuka mata masyarakat tentang sifat ikan jerung yang sebenarnya.

“Mereka bukan mesin, ikan jerung bukan raksasa. Mereka adalah makhluk hidup yang mempunyai perasaan,” kata Cristina.

Cristina menjelaskan, meskipum ikan jerung tidak boleh bercakap dengan manusia, ikan jerung memiliki gaya komunikasi tersendiri yang boleh dipelajari.

“Memang benar ikan jerung tidak boleh bercakap seperti manusia, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh berkomunikasi. Kita harus memahami komunikasi boleh terjadi dengan cara yang berbeza, dan apa yang saya gunakan untuk berkomunikasi dengan ikan jerung adalah melalui sentuhan,” tulis Cristina dalam salah satu keterangan gambar di Instagramnya.

cristinazenato|Instagram

“Mereka mendekati saya kerana mahu disentuh dan dibelai, menunjukkan bahawa mereka selesa, hubungan ini dibina melalui kepercayaan. Tidak ada paksaan dan seksaan,” tulisnya dalam keterangan gambar yang lain.

Kemahiran Cristina yang berjaya menjinakkan ikan jerung membuatkan dia mendapat banyak julukan, seperti Shark Lady, Sharkwoman, atau The Shark Whisperer.

Usaha Cristina adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya ikan jerung dalam ekosistem laut. Cristina mahu menyelamatkan populasi ikan jerung yang semakin berkurangan.

Sumber: cristinazenato|Instagram, Kompas.com

Maybe you're interested :

Share

Video Popular