Seringkali kita akan membuka pintu almari pakaian dengan wajah yang mencebik sambil berfikir, “Hari ini saya tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dipakai semula.” Tetapi masalah terbesar kita ialah terdapat longgokan pakaian yang ada yang pernah dipakai sekali atau dua kali sahaja. Terdapat laporan mengatakan bahawa pengguna membeli 60% lebih banyak pakaian pada tahun 2014 berbanding pada tahun 2000, tetapi menyimpan sahaja setiap pakaian itu selama setengah tahun.

Julia Mooney, seorang guru seni dari New Jersey, Amerika Syarikat berasa cemas dengan impak negatif terhadap sosial dan alam sekitar dari tingkah laku fesyen yang berkembang mendadak. Julia memutuskan untuk menarik perhatian masyarakat terhadap masalah ini dengan cara yang mengejutkan dan sememangnya benar-benar menarik perhatian.

Mesej Julia yang ingin disampaikan ialah dengan mempercayai bahawa setiap orang harus bergerak ke arah kepenggunaan yang mampan dan berhemah.

oneoutfit100days/Instagram

Julia berkongsi permulaan memakai baju yang sama pada hari pertamanya di Instagram pada awal bulan Ogos 2018. Julia mengumumkan bahawa dia akan mencabar dirinya dan memakai pakaian yang sama selama 100 hari. Dengan sudah menjangka akan terdapat banyak persoalan, Julia telah mengulas beberapa isu sejak dari awal lagi.

“Menjijikkan? Tidaklah! Ia akan dibasuh! Membosankan? Pasti. Saya suka menyatakan diri saya melalui apa yang saya pakai sebagai generasi Amerika yang seterusnya. Julia juga menjelaskan bahawa jika pakaiannya terkoyak, dia akan menampalnya seperti orang zaman dahulu lakukan. Dan dia akan menggunakan apron ke tempat kerja untuk mengelakkan kesan cat. Julia mempunyai sebab yang tersendiri dengan kemahuannya untuk melalui “penderitaan” itu.

oneoutfit100days/Instagram

Usaha untuk hidup bersederhana itu adalah sebahagian yang membuat Julia bermotivasi. Julia berkata dia tidak teragak-agak terhadap persoalan tentang apa yang mahu dipakai dan ia tidak lagi menjadi isu. Dan jika anda mempunyai 2 orang anak yang perlu bersedia seawal jam 6:30 pagi, ia menjadikan kehidupan anda lebih mudah.

Dia juga menambah bahawa langkah ini dapat membantu menjimatkan ruang, kerana barang-barang yang kurang berada dalam almari. Menjadi lebih sedikit dengan hanya yang diperlukan, dan bagi sesetengah keluarga, almari boleh menjadi satu tempat yang boleh menyakitkan mata memandang.

oneoutfit100days/Instagram

Ketika menjelaskan keputusan ini kepada anak perempuannya, Julia menyentuh isu sosial . Orang ramai menuntut sejumlah besar pakaian dengan harga murah dan ini memaksa syarikat untuk memindahkan pengeluaran mereka ke negara-negara asing di mana undang-undang buruh Amerika Syarikat tidak dapat melindungi pekerja.

Contohnya, terdapat bukti bahawa negara-negara yang menggunakan buruh paksa dan buruh kanak-kanak dalam industri fesyen. Dan sesetengah pekerja menerima gaji yang 3.5 kali lebih rendah daripada jumlah yang mereka perlukan untuk “kehidupan yang baik dengan kemudahan asas.”

Tekanan terdapat permintaan fesyen yang berkembang pesat merangkumi semua infrastruktur pengeluaran dan membawa kepada keadaan di mana keuntungan lebih penting daripada kebajikan rakyat .

oneoutfit100days/Instagram

Penggunaan tidak bertanggungjawab juga membawa kepada masalah alam sekitar. Menurut Julia, pengeluaran satu pasang jeans menjana jumlah pengeluaran gas rumah hijau yang sama dengan pemanduan kereta sejauh 113 kilometer. Dan ia memerlukan 2,700 liter air untuk membuat kapas bagi sehelai kemeja-T. Ini sebenarnya mencukupi untuk memenuhi keperluan minuman bagi orang biasa selama 3 hingga 3 setengah tahun.

Kadang-kadang kita membeli pakaian tanpa berasa pasti bahawa kita akan memakainya. Fakta-fakta di atas dipercayai serba sedikit akan membantu kita untuk mengelakkan situasi ini daripada terus berlaku.

oneoutfit100days/Instagram

Julia menggalakkan kita untuk berfikir dahulu sebelum melangkah dan membuat keputusan ke arena kitaran “membeli, pakai, buang, dan beli semula”. Julia meminta kita untuk tidak terus memelihara budaya yang mengadili orang lain berdasarkan apa yang mereka pakai, dan bukannya dengan apa yang mereka lakukan.

Dengan cabaran memakai pakaian sama selama 100 hari ini, Julia tidak bermaksud untuk membuat cubaan menggalakkan semua orang memakai pakaian yang sama berulang kali, tetapi sebaliknya mahu menunjukkan bahawa kita tidak memerlukan banyak pakaian baru. Adalah lebih baik untuk menghabiskan tenaga kita untuk menjadi orang yang baik dan hebat, dan bukannya cuba untuk kelihatan serta ternampak baik.

oneoutfit100days / Instagram

Cabaran ini sudah berakhir buat Julia dan dia tidak lagi memakai pakaian yang sama setiap hari pada hari ini. Walau bagaimanapun, Julia telah dapat mengurangkan ruang tidak berkenaan di dalam almari pakaiannya dan kini berpegang kepada prinsip dan pendekatan fesyen yang mampan serta kepenggunaan berhemah.

Julia Mooney terus menyebarkan idea dan harapannya untuk menarik seramai orang yang mungkin untuk menyertai cabaran ini. Jika anda ingin menyertai cabaran ini bagi menunjukkan usaha anda, gunakan hashtag #OneOutfit100Days .

Sumber : Bright Side

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular