Seorang penyelam Jepun sudah menjadi kawan kepada seekor ikan sudah hampir 27 tahun kini. Perkara yang anda dengar ini bukanlah kisah dongeng, tetapi realiti.

Hiroyuki Arakawa telah diamanahkan untuk melihat salah satu kuil bagi agama Shinto yang dipanggil torii, yang terletak di bawah permukaan laut Jepun, Teluk Tateyama (Tateyama Bay).

Sudah lebih sedekat, dia kini sudah mengenali hidupan laut yang hidup di sekitar dan di sekeliling kuil tersebut, dan perkara yang lebih penting, dia berkawan dengan hidupan laut, ikan Asian sheepshead wrasse, iaitu ikan seakan flowerhorn yang diberi nama Yoriko. Hubungan indah mereka telah ditangkap dalam sebuah video yang tular, yang menampakkan adat Arakawa yang menyambutnya dengan mencium ikan tersebut.

Kajian saintifik terbaru menunjukkan ikan tersebut dapat mengenali dan mengecam muka manusia. “Saintis menunjukkan dua imej muka manusia kepada ikan tersebut dan mereka dilatih untuk memilih salah satu muka yang dicam dengan meludah pada gambar tersebut,” kata Dr. Cait Newport dari Oxford University kepada CNN.

“Pengkaji membuat keputusan untuk menyulitkan lagi ujian. Mereka mengambil kedua-dua gambar tersebut dan buatkan gambar kepada hitam dan putih serta membentukkan semula kepala mereka. Mengejutkan apabila ikan tersebut masih boleh mengecam dan mengenali muka yang biasa dilihatnya, malah dengan ketepatan sehingga 86%.

Bukti terbaru ini membuatkan kisah hubungan Yoriko dengan Arakawa sesuatu yang berinspirasi dan benar.

Penyelam Jepun, Hiroyuki Arakawa dan rakannya selama 27 tahun, ikan bernama Yoriko. Setiap kali mereka berjumpa, Arakawa akan sambutnya dengan ciuman.

Tahun demi tahun, hubungan yang mereka cipta menjadi semakin kuat.

Sumber: Great Big Story/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular