KUALA LUMPUR: Pelajar kolej swasta yang menjadi tular selepas kereta yang dipandunya melanggar seorang anggota polis trafik sedang bertugas di persimpangan lampu isyarat Jalan Hishamuddin, Dang Wangi kelmarin dijatuhi penjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

@kbab51|Twitter

Majistret M Saravanan membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Tan Wooi Zhan,  selepas mengaku bersalah memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang awam.

Pelajar berusia 25 tahun berkenaan turut dikenakan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal bayar denda selain lesen memandu digantung tiga tahun dari tarikh jatuh hukum.

HarianMetro|YouTube

Mengikut pertuduhan yang dipetik Harian Metro, Wooi Zhan didakwa memandu kenderaan Mercedes Benz miliknya secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis trafik yang sedang bertugas, Mohamad Aniq Ariz Mohd Kassim, di persimpangan lampu isyarat Jalan Hishamuddin, Dang Wangi, di Kuala Lumpur, jam 8.11 pagi, kelmarin.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, pelajar berkenaan merempuh mangsa sehingga melambung dan tercampak ke tengah jalan.

HarianMetro|YouTube

Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan kepada seorang anggota Polis Trafik Kuala Lumpur di persimpangan Jalan Hishamuddin, dua hari lepas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum dibawah Akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan.

HarianMetro|YouTube

Sumber: Astro Awani , Harian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular