Perhatian bagi pelanggan Maybank yang biasa membuat pembayaran balik bagi hutang kad kredit dan pembiayaan pinjaman secara tunai atau cek. Mulai 1 Oktober 2019, Maybank akan mengenakan caj tambahan bagi transaksi pembayaran cara ini.

Menurut Malay Mail, Maybank akan mengenakan caj tambahan yang kecil kepada para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pembayaran balik pembiayaan pinjaman dan hutang kad kredit secara tunai atau cek mulai 1 Oktober.

The Malaysian Times / Gambar Hiasan

Terdapat beberapa cara transaksi di mana para pelanggan boleh membayar secara tunai atau cek untuk membuat bayaran balik bagi pembiayaan pinjaman dan kad kredit di bank, dan mereka akan dikenakan caj tambahan antara RM0.50 sehingga RM2.00 seperti berikut :

  • Pembayaran di kaunter (OTC) – RM2.00
  • Mesin ‘Smart Recycle’ (SRM) – RM0.50
  • Mesin Deposit Cek (CQM) – RM0.50

Walau bagaimanapun, caj tambahan di kaunter bagi pembayaran balik pinjaman dan kad kredit secara tunai akan dikecualikan bagi para pelanggan Maybank secara spesifik iaitu warga emas, golongan kelainan upaya dan mereka yang tidak mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa di Maybank.

Dunia Farisya / Gambar Hiasan

Selain itu, pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan mesin ATM (Mesin Auto Teller) juga tidak tertakluk kepada caj tambahan ini.

Oleh itu, para pelanggan Maybank adalah digalakkan untuk membuat pembayaran balik pembiayaan pinjaman dan kad kredit melalui internet atau secara atas talian menerusi kemudahan Maybank2U atau aplikasi Maybank2U di telefon pintar yang tidak mengenakan apa-apa caj tambahan.

Malay Mail / Gambar Hiasan

Ini adalah salah satu usaha dan cara pihak Maybank untuk menggalakkan lebih ramai lagi pelanggannya melakukan transaksi pembayaran menggunakan kemudahan perbankan atas talian.

Sumber : Malay Mail , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular