Tiga belas tahun yang lalu, seorang bayi perempuan berusia satu bulan ditemukan di dalam sebuah kotak di sebuah stesen kereta api di China. Dia ditinggalkan tidak diberikan kasih sayang dan tidak bernama.

Hari ini, kanak-kanak perempuan tersebut terkenal sebagai penyanyi sensasi bernama McKenzie Grace Walker.

Namun begitu, perjalanan kejayaan yang digapai oleh McKenzie tidak akan menjadi kenyataan sekiranya ibu bapa baharunya, Chuck dan Kim tidak menjumpainya dan mengambil anak kecil dari China ini sebagai anak angkat.

Selepas menerima secara terbuka kedatangan anak angkat pertama mereka pada tahun 2000, pasangan bertindak untuk mengambil anak angkat yang lain.

Ibunya mengetahui akan bakat anak kecil tesebut sejak dia berusia satu tahun lagi walaupun anak kecil tersebut tidak boleh bercakap pada ketika itu.

“Semasa kami baru pulang ke rumah dari China, jam loceng kami berbunyi,” kata Kim. “Dia [McKenzie] mendengar bunyi loceng tersebut, kemudian menuju ke arah jam itu dan meniru semula bunyi kokokan ayam tersebut dengan nada dan suara yang betul dan tepat.

Pasangan itu sangat terkejut dengan keupayaan McKenzie meniru bunyi jam tersebut. Itu hanyalah permulaan perjalanan McKenzie dengan muzik.

“Ke mana sahaja kami pergi, dia akan meng-humming lagu,” kata Kim. “Sangat jelas bahawa muzik menjadi sebahagian daripada dirinya.”

McKenzie akan menyanyikan lagu tidak kira di mana dia berada. Malah, dia akan mengadakan konsert okestra apabila bersama sahabat yang lain.

Semasa dia berusia 5 tahun, dia sudah pun membuat persembahan di hadapan orang ramai dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia mahu menjadi penyanyi terkenal apabila dia sudah dewasa kelak.

Dari hanya meniru bunyi jam loceng sehinggalah berpeluang menyanyikan Lagu Kebangsaan [Amerika Syarikat] bagi perlawanan Houston Astros, McKenzie ternyata sudah hampir mencapai cita-citanya.

Pada Mac 2015, McKenzie telah menandatangani kontrak bagi rekod nyanyian di bawah syarikat Mansion Entertainment. Dia berpeluang menyanyikan lagu-lagu gospel untuk gereja.

Pencapaian yang diperoleh oleh McKenzie pada usia yang sangat muda pastinya sesuatu yang sangat tidak dijangka.

“Perkara yang terjadi ini bukanlah hanya perkara yang dia [McKinzie] mahukan dan bukanlah hanya apa yang kami mahukan untuknya,” kata Chuck. “Ianya merupakan panggilan dan takdir untuk kami.”

Semoga McKinzie akan berjaya dalam bidang yang mahu diceburinya dan ibu bapanya akan tetap menyokong akan kemahuan anaknya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular