KUALA LUMPUR: Ratu Gimnas Negara, Farah Ann Abdul Hadi meraih kejayaan cemerlang di Piala Antarabangsa Ukraine 2019 dengan merangkul satu emas, tiga perak dan empat gangsa.

Farah Ann yang mengetuai kecemerlangan pasukan negara dengan menyumbang satu emas menerusi palang bertingkat wanita, satu perak dan satu gangsa menerusi acara individu.

Selain itu, Farah yang bergandingan dengan Tan Ing Yueh turut meraih dua perak dan satu gangsa acara berpasukan.

Manakala gimnas lelaki, Tan Fu Jie dan Jeremiah Loo masing-masing merangkul gangsa.

Farah menyifatkan, pengalaman yang luar biasa di Ukraine dan kejayaan ini tidak akan diperolehi tanpa kepercayaan dan kerja keras jurulatih serta sokongan rakan sepasukan.

“Ia sesuatu pengalaman yang menakjubkan di Ukraine. Saya tidak boleh melakukan ini tanpa jurulatih Nataliya dan Syu Wai yang selalu memberi sokongan untuk memberikan yang terbaik dan sentiasa meyakinkan saya.

“Tidak lupa sokongan daripada rakan sepasukan, pihak MSN dan semua yang sentiasa menyokong saya,” katanya menerusi coretan di Instagram.

Gadis berusia 25 tahun ini pernah mewakili negara di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, tahun lepas.

Dalam sukan berprestij tinggi itu, Farah menyertai acara berpasukan bersama Tan Ing Yueh, Nur Azira Aziri dan Geanie Ng dalam acara empat aparatus, melombol, palang bertingkat, alang imbangan dan acara senaman lantai.

Sumber: mstar, Utusan Malaysia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL NASIONAL SUKAN

Video Popular