Sekeping foto yang menunjukkan seorang budak lelaki comel sedang memegang anak ayam di tangan kiri dengan sekeping wang kertas 10 rupee (RM0.59) di tangan kanan menjadi tular di media sosial selepas para netizen mendapat tahu kisahnya yang lucu dan kemuliaan hati kanak-kanak ini.

Derek C Lalchhanhima dari Sairang, Mizoram di India baru berusia 6 tahun dan dia tidak tahu ketika basikalnya terlanggar dan tergilis seekor anak ayam jiran, bahawa anak ayam itu sudah pun mati.

Sanga Says/ Facebook

Sambil memegang dengan cemas anak ayam itu, Derek telah merayu kepada ibu bapanya untuk membawanya ke hospital. Sesampai di hospital, Derek telah merayu kepada doktor di hospital untuk menyelamatkan anak ayam dengan wajahnya yang cemas sambil memegang anak ayam itu bersama wang sakunya. Wajah comel Derek telah dirakam oleh seorang jururawat lalu memuat naiknya di media sosial dan ia telah menjadi tular di seluruh dunia.

Menurut Daily Mail, si comel bernama Derek ini tidak faham yang anak ayam itu sudah tiada ketika dia dilanggar dengan basikalnya. Memandangkan mungkin atas sebab rasa bersalah, dia dengan cemas telah meminta ibu bapanya membawa badan anak ayam itu ke hospital untuk dirawat.

Gambar Hiasan

Bapa Derek, Dhiraj Chhetri telah menunjukkan foto lucu Derek kepada seorang netizen yang merupakan rakannya bernama Sanga Says yang menceritakan kisah lucu di sebaliknya, “Saya terasa mahu ketawa dan menangis pada masa yang sama. Menurut bapanya, Derek pulang ke rumah dengan anak ayam jiran yang telah dilanggar secara tidak sengaja. Bapa Derek kemudian menyuruhnya pergi sendiri ke hospital dengan anak ayam itu. Dia ke sana dengan membawa 10 rupee (RM0.59) bersama.”

Selepas doktor dan jururawat di hospital memberitahu mereka tidak boleh menolongnya, Derek telah menangis dan pulang ke rumah dengan perasaan yang hampa. Derek tidak mahu berputus asa dan tetap berkeras mahu menyelamatkan anak ayam itu. Kali ini dengan membawa 100 rupee (RM5.92) di tangannya.

Sanga Says/Facebook

Akhirnya, ibu bapa Derek menenangkan anak kecil ini dengan menjelaskan kepadanya bahawa anak ayam itu sebenarnya sudah lama mati ketika dia melanggarnya dan pihak hospital tidak boleh membantu Derek untuk menghidupkan anak ayam itu kembali.

Di atas keprihatinan Derek yang bersikap mulia kerana mahu menyelamatkan seekor anak ayam, pihak sekolahnya telah menganugerahkan si comel ini dengan sijil penghargaan khas kerana hatinya yang baik dan murni.

Sumber :  Sanga Says/ FacebookDaily Mail

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular