Mengambil gambar secara amatur kadangkala tidak menjadi. Gambar yang sempurna hanya boleh dijadikan sempurna oleh pakar. Namun, kos untuk mengupah jurugambar profesional adalah tidak wajar bagi sesetengah individu. Lagi pun, tidak mungkin kita akan mengupah jurugambar hanya untuk mengambil gambar kita sedang berseronok bersama rakan-rakan.

Lelaki ini telah meminta rakan untuk menyunting gambarnya seolah-olah sedang memegang matahari. Akan tetapi, harapan lelaki ini untuk mendapatkan gambar yang diingini jauh meleset.

Lihatlah betapa jauhnya kedudukan jarinya dengan matahari tersebut. Justeru, lelaki yang bernama Danny Nickerson ini telah meminta bantuan daripada pakar Photoshop untuk menyunting gambarnya menjadi seperti yang dimahukan, iaitu memegang matahari.

Akan tetapi, hasilnya benar-benar tidak dijangka dan sungguh melucukan!

#1 Memutuskan jarinya dan mencantumkan pada matahari

#2 Gerakan tangan yang ‘sempurna’

#3 Matahari bergerak mencari si empunya jari

#4 Jangan kata apa-apa

#5 Perlian yang tepat ke mukanya!

#6 Memanjangkan jari-jemari

#7 Teka siapa yang terpaksa dihilangkan?

#8 Hasil yang dikehendaki tetapi tidak memuaskan

#9 Terlalu banyak matahari tetapi dia tetap tidak berjaya memegangnya

#10 Perkataan ‘the sun’ juga menggambarkan matahari bukan? Okay lah tu

11. Matahari yang “bergerak” dengan pantas, cubalah tangkap aku!

 

12. Permintaan ditunaikan

 

Sumber: DKN Inspired

Maybe you're interested :

Share

Video Popular