KUALA LUMPUR: Warga kota yang ingin pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri boleh mendapatkan tiket yang akan dijual bermula 10 April ini bermula 8.30 pagi.

KTM Berhad/Facebook

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, semua tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity yang dijual itu bagi perjalanan di antara 1 Mei hingga 16 Jun 2019 berdasarkan jadual waktu perjalanan yang sedia ada.

“KTMB menyediakan 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTMB bagi menampung permintaan tinggi sepanjang musim perayaan.

“Tiket boleh dibeli secara atas talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) serta di kaunter-kaunter tiket KTMB,” katanya yang dipetik Bernama.

KTMB

Kenyataan berkenaan menambah, jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral — Woodlands — JO Sentral) kekal seperti biasa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web, Facebook, Twitter dan Instagram rasmi milik KTMB atau hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-22671200.

Sumber: KTM Berhad/FacebookBernama, Kosmo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular