Pada setiap tahun, Toronto Cat Rescue menyelamatkan kira-kira 2,700 ekor kucing, namun tidak pernah dalam sejarah mereka bakal menyelamatkan banyak kucing daripada satu tempat yang sama.

Organisasi yang beroperasi di Kanada ini menerima panggilan daripada seorang wanita yang dalam keadaan terdesak, di mana dia sebelum ini telah membela beberapa ekor kucing dan gagal mengembiri kucing-kucingnya itu.

Hasilnya, mereka membiak dengan jayanya sehingga dia kini berasa tidak selesa dengan jumlah kucing yang begitu banyak di rumahnya. Ketika lawatan ke rumah berkenaan, penyelamat terkejut kerana mendapati bahawa jumlah kucing di rumah tersebut amat banyak!

Toronto Cat Rescue

“Sangat sukar untuk dikira, bayangkanlah. Kucing berlari-lari di dalam rumah. Penyudahnya, sebanyak 120 ekor kucing berada di dalam rumah itu. kucing-kucing tersebut terdiri daripada pelbagai umur dan mereka kelihatan serupa. Mereka sememangnya mempunyai pertalian yang sama,” jelas Belinda Vandersluis, pengurus eksekutif Toronto Cat Rescue.

Toronto Cat Rescue

Walaupun keadaan kucing-kucing tersebut yang mempunyai kutu dan cacing, namun kesihatan mereka amat baik. Walaupun keadaan ini tergolong di dalam kes penimbunan, tetapi wanita berkenaan nampaknya telah mencuba sebaik mungkin untuk menjaga mereka.

“Ia sememangnya merupakan satu bebanan. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah kucing yang semakin bertambah,” tambah Belinda.

Toronto Cat Rescue

Belinda juga percaya bahawa situasi berkenaan bermula dengan dua ekor kucing ; jantan dan betina. Oleh kerana mereka tidak dikembiri, maka mereka mula membiak secara tidak terkawal dan akhirnya jumlah mereka makin berganda.

“Cuba bayangkan, anak kucing sahaja sudah mula mempunyai anak ketika berusia 6 bulan, itulah masalah yang dihadapi pemiliknya. Kucing pula cepat membiak. Wanita tersebut cuba menjaga mereka sebaik mungkin namun keadaan di rumahnya telah menjadi satu lokasi yang tidak sesuai untuk didiami dan dilawati oleh kenalan ekoran bau dan sebagainya,” kata Belinda.

Toronto Cat Rescue

Syukurlah, pemilik kucing dan kucing-kucingnya kini boleh menarik nafas lega. Pihak Toronto Cat Rescue setakat ini telah mengambil sebanyak 50 ekor kucing, sementara rakan kongsi mereka, Toronto Animal Services dan Toronto Humane Society juga telah membantu terhadap baki jumlah kucing yang lain.

“Nampaknya, kesemua kucing-kucing itu diselamatkan dan bakal diberikan kepada keluarga yang mahu membela mereka kelak. Lebih kurang selepas 4 minggu, mereka sudah bersedia untuk diambil dan dibela oleh pemilik yang baru,” tambahnya.

Toronto Cat Rescue

Menurut undang-undang tempatan, mana-mana pemilik hanya boleh membela maksimum 6 ekor kucing sahaja. Oleh kerana pemilik kucing-kucing tersebut memberi kerjasama yang baik dan kucingnya pula sihat, dan dia juga berniat mahu menyelamatkan kucing-kucingnya maka hukuman buatnya masih belum dinyatakan lagi.

Belinda berharap agar kes tersebut akan memberi kesedaran tentang pentingnya mengembiri haiwan peliharaan bagi mengelakkan masalah sebegini timbul.

“Dalam situasi ini, hasilnya amat memberangsangkan. Dalam kes-kes penimbunan kucing yang lain, kucing-kucing lazimnya berada dalam keadaan yang kurang sihat. Jadi kami amat berbesar hati kerana dapat menjalankan tanggungjawab kami sebelum semuanya terlambat,” akhirinya.

Sumber: The Dodo

Maybe you're interested :

Share

Video Popular