Bagi sesetengah orang memancing adalah aktiviti yang cukup menyeronokkan lebih-lebih lagi jika pulang dengan hasil tangkapan yang besar dan banyak. Setiap kesabaran dan penantian terasa berbaloi. Tidak sia-sia menunggu ‘mangsa’ berjam-jam kerana akhirnya hasil yang didapati sangat memuasan hati.

Walau bagaimanapun, anda juga perlu berhati-hati dengan persekitaran anda dan awasi juga hasil tangkapan anda. Mengapa?

Seorang pemancing dikatakan ‘kehilangan’ hasil tangkapannya apabila direntap oleh seekor buaya yang sangat besar. Dua orang pemancing yang dikenali sebagai Dac dan Daniel dikatakan telah pergi memancing di sebuah kolam air di sebatang sungai di Darwin, Wilayah Utara Australia.

Dalam video yang dirakam itu, Dac memberitahu Daniel untuk terus menarik joran tersebut dalam usaha untuk mendapatkan ikan yang telah memakan umpannya. Namun, mereka sedar seperti ada sesuatu yang sedang ‘mengintai’ dari dalam air tersebut.

Pada ketika ini, Dac terus memberitahu Daniel untuk melarikan diri sambil menyelamatkan tangkapan tersebut apabila menyedari ada buaya yang sedang bergerak laju menuju ke arah mereka.

Buaya ini begitu rakus membaham ikan tersebut dan tidak mahu memberi peluang langsung kepada Dac dan Daniel untuk membawa pulang hasil tangkapan pada hari itu.

Kedua-dua orang pemancing tersebut begitu kecewa kerana terpaksa melepaskan hasil tangkapan mereka yang direntap haiwan besar dan ganas tersebut.

“Kami terkejut, kami sedih. Saya turut berasa kecewa untuk Daniel – ia adalah ikan yang baik,” kata Dac.

Walaupun mereka kehilangan ikan yang besar kerana buaya tersebut, namun Dac dan Daniel masih tetap berkeinginan untuk memancing lagi di situ dengan harapan mereka akan memperoleh ikan sebesar itu lagi kelak.

“Kami suka memancing, kami mahu menangkap ikan, itu sahaja yang kami mahukan. Harap ada banyak lagi ikan,” kata Dac lagi.

Sumber: ELITE READERS, LADbible/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh GLOBAL INSPIRASI

Video Popular