Kebaikan hati budi seorang insan tidak dikenali berjaya membuatkan hidup seorang gelandangan berubah dalam sekelip mata sahaja!

Facebook

Lelaki yang baik hati ini dikenali sebagai Franklin Goden ini telah berkongsi satu kisah menarik mengenai pertemuannya dengan seorang gelandangan di sebuah pusat beli-belah yang terletak di Quezon City, Filipina. Pada ketika itu, gelandangan berkenaan dilihat sedang mencari makanan di dalam tong sampah…

Facebook

Menerusi perkongsian di Facebook itu, gelandangan berkenaan telah memperkenalkan dirinya sebagai Erwin Dean dan ditawarkan untuk melakukan transformasi pada rupanya. Franklin memutuskan untuk membelikan Erwin pakaian baharu selain membawanya mandi dan ke kedai menggunting rambut.

Facebook

Setelah selesai, Franklin dan Erwin sama-sama ke sebuah pusat membeli-belah di mana mereka menikmati makanan di restoran McDonald’s. Lihatlah rupa Erwin setelah didandan, begitu kemas dan bersih…

Facebook

Erwin juga kelihatan sangat ceria dan gembira kerana dapat menikmati makanan yang enak setelah sekian lama menyelongkar tempat pembuangan sampah. Meskipun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang mengecam tindakan Franklin kerana dilihat cuba mempamerkan kebaikan di media sosial.

Facebook

“Apabila anda membantu orang yang memerlukan, tidak perlu dihebahkan kerana hanya orang hipokrit yang berbuat baik semata-mata ingin mendapat pujian orang lain”.-Komen salah seorang yang mengecam tindakan Franklin.

Bagaimanapun, Franklin tidak melatah sebaliknya menjelaskan bahawa tujuannya mengongsi kisah tersebut ke Facebook adalah supaya dia dapat mempertemukan Erwin dengan keluarga kandungnya.

Facebook

“Saya mahu keluarganya melihat Erwin. Syukur kepada Tuhan kerana sekarang saya sedang berbual dengan abangnya yang menangis dan berterima kasih kepada Tuhan. Minta maaf jika saya telah mengecewakan anda. Daripada 2 juta tontonan, hanya 13 sahaja yang menentang tindakan saya memuat naik kisah ini ke Facebook”.

Facebook

Satu kebaikan yang sememangnya berjaya menemukan semula sebuah keluarga yang telah lama terpisah. Jadi apa salahnya jika dia berkongsi kisah tersebut ke media sosial? Dengan adanya kuasa internet, segalanya menjadi lebih mudah.

Sumber: SAYSFacebook/Franklin Goden

Maybe you're interested :

Share

Video Popular