Semakin ramai orang yang menyedari kesan berbahaya menggunakan straw plastik, lebih banyak alternatif yang mesra alam telah diperkenalkan seperti straw logam dan straw beras.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak berminat untuk menggunakan straw logam, terdapat satu lagi penyelesaian inovatif yang dapat menggantikan straw plastik pada masa depan iaitu straw rumput.

Dibuat sepenuhnya daripada rumput liar, produk mesra alam terkini ini bukan diperbuat daripada rumpai liar biasa tetapi jenis rumput tertentu yang tumbuh di ladang sekitar Mekong Delta, Vietnam.

Kredit: Ong Hut Co

Nama saintifiknya adalah Lepironia articulata dan ia sangat sesuai dijadikan sebagai alternatif yang sempurna untuk menggantikan straw plastik kerana sama-sama kukuh.

Rumput tumbuh liar di tanah lembap Vietnam.

Kredit: Ong Hut Co

Tidak seperti straw plastik, ia tidak perlu menjalani banyak proses untuk menjadikannya sebagai straw.

Dalam video Facebook yang telah menjadi tular di media sosial dengan lebih daripada 1.5 juta pandangan dan 27,000 share, seorang lelaki Vietnam, Tran Minh Tien menunjukkan bagaimana dia menghasilkan straw daripada rumput liar.

WeChoice Awards|YouTube

Selepas rumput dikumpulkan, ia dibersihkan dan dibasuh sebelum dipotong menjadi tiub 20 sentimeter.

Kemudian, bahagian dalam berongga akan dibersihkan sekali lagi dengan menggunakan batang logam.

Seterusnya, rumput akan dibersihkan untuk kali terakhir dan kemudian dibungkus dengan menggunakan daun pisang.

Kredit: Ong Hut Co

Kemudian, straw rumput siap untuk penghantaran dan digunakan!

Straw rumput datang dalam dua versi; kering dan segar. Straw rumput yang baru dipotong boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga dua minggu dan seminggu dalam suhu bilik.

Bagi yang kering pula, dapat bertahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga enam bulan.

Kredit: Ong Hut Co

Kedua-dua versi straw rumput ini bertujuan untuk digunakan sekali sahaja tetapi Tran dan pasukannya menggalakkan mereka yang membeli straw rumput untuk menggunakannya semula di rumah.

Straw rumput adalah organik sepenuhnya kerana ia tidak dirawat dengan bahan kimia dan pengawet. Rumput yang digunakan mempunyai wangian semula jadi yang menyenangkan.

Tony Rodd|Flickr

Apa yang penting adalah straw rumput ini dicipta kerana ia biodegradasi dalam erti kata lain adalah mudah terurai. Buat masa ini, straw rumput ini hanya boleh didapati di Vietnam.

Tonton video di bawah untuk melihat proses pembuatan straw rumput ini:

\

Kredit: Mothership

Maybe you're interested :

Share

Video Popular