Lampu kereta anda kian kusam? Pasti anda tidak berasa tenang untuk membawa kereta ketika cuaca gelap bukan? Keadaan tersebut juga cukup berbahaya kerana tidak cukup pencahayaan untuk menyuluh pemanduan anda. Baiklah, kami akan kongsikan cara untuk menangani masalah tersebut.

Tips ini sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @khalidkdin di mana dia hanya menghabiskan RM12.90 sahaja untuk mengilatkan semula lampu keretanya yang kusam dan malap. Ia amat mudah dan boleh dilakukan sendiri, serta hanya memakan masa selama 1-2 jam sahaja.

Barang yang perlu disediakan adalah:

  1. Kertas pasir jenis 1k
  2. Kertas pasir jenis 2k
  3. Penggilap logam
  4. Pita pelekat
  5. Plastik sampah atau surat khabar lama
  6. Penyembur cat jernih

Caranya:

#1. Cuci lampu tersebut dengan air sabun dan basuh. Gosokkan kertas pasir 1k secara lurus dalam keadaan yang basah.

#2. Ulang langkah 1 dengan menggunakan kertas pasir jenis 2k pula

#3. Lampu akan mempunyai calar-calar halus namun jangan panik. Gunakan penggilap logam (boleh didapati di kedai Mr. DIY)

@Khalidkdin|Twitter

#4. Sesudah gilap, lampu tersebut bolehlah dibasuh, kemudian tutup permukaan kereta kecuali lampu

@Khalidkdin|Twitter

#5. Semburkan dengan semburan cat jernih (10 cm daripada lampu). Anda boleh lapisi dengan beberapa lapisan yang anda mahukan. Namun, tunggu kering dahulu ya sebelum disembur lagi. Siap!

Berikut merupakan semburan cat jernih yang digunakan:

@Khalidkdin|Twitter

Sumber: @khalidkdin|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular