Di dalam dunia ini terlalu banyak hidupan yang jarang kita temui tetapi wujud. Malah tanpa kita sedari ada hidupan contohnya serangga aneh yang sebenarnya hidup di sekeliling kita. Apa yang lebih membimbangkan ialah serangga tersebut memberi impak negatif kepada kehidupan seharian kita.

Antara serangga yang patut dihapuskan ialah tineola bisselliella (clothes moth). Clothes moth ini adalah sejenis serangga yang suka makan kain dan merosakkan pakaian.

Serangga ini boleh memakan fabrik seperti kain kapas atau pakaian berbulu. Serangga ini juga dikatakan suka tinggal di tempat gelap terutama di tempat yang sukar dicapai.

Ramai yang tidak menyedari akan kehadiran serangga ini kerana keadaan fizikalnya seperti habuk. Clothes moth membentuk kepompong yang boleh bergerak ke mana-mana. Kepompongnya terhasil daripada serat sutera yang dicampur dengan pasir.

Cuba lihat secara dekat, aneh bukan bentuknya? Daripada kepompong bertukar menjadi seekor serangga perosak pakaian.

Kita sangkakan habuk tetapi sebenarnya Clothes moth.

Lihatlah gambar kain yang telah dirosakkan oleh serangga ini.

Oleh itu, kita perlu mengambil langkah segera dengan menghapuskan clothes moth di rumah. Bersihkan penjuru siling dan almari pakaian serta kawasan yang sukar dicapai, gelap dan berkeadaan lembap dengan lebih kerap.

Selain itu, pastikan rumah dan bilik anda menerima cahaya yang cukup setiap hari. Jangan beri serangga tersebut peluang untuk membiak atau anda sendiri yang akan kecewa selepas melihat pakaian kegemaraan anda habis dimakan serangga ini!

Sumber: COCO

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular